Teruja Jumpa Hwang In Youp, Gong Yoo Dan Aaron Kwok, Anzalna Nasir Buat Warganet Cemburu

Pelakon terkenal Anzalna Nasir berjaya mencuri perhatian orang ramai selepas dia berkongsi suasana ketika menghadiri sebuah majlis tertutup jenama fesyen mewah terkemuka antarabangsa di Seoul dekat Korea Selatan baru-baru ini.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Menerusi hantaran di laman Instagram, Anzalna telah meluahkan rasa teruja kerana dapat bertemu dengan beberapa aktor terkenal dari Korea Selatan seperti Hwang In Youp dan Gong Yoo.

Gong Yoo. Sumber: Instagram TOM FORD BEAUTY
Hwang In Youp. Sumber: Instagram @hi_high_hiy
Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Sekiranya anda menonton video tersebut, pelakon Dendam Aurora itu turut berpeluang untuk berbual bersama pelakon dan penyanyi terkenal dari Hong Kong iaitu Aaron Kwok.

I had such a good time at the event. Saya bertemu dengan beberapa bintang Korea Selatan seperti In Youp dan Gong Yoo. Terus nak tengok K-drama! Oh ya nantikan filem saya bersama Aaron,” tulisnya.

Menerusi tinjauan kami di laman Instagram, rata-rata warganet dan rakan selebriti meluahkan rasa cemburu mereka di ruang komen sebaik sahaja melihat video tersebut.

Uyaina Arshad berkata, “Jealous please!”

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti terkenal dan antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca