Tertinggal Telefon, Pelakon Drake Dan Josh Dilaporkan Hilang

Bekas pelakon rancangan popular Nickelodeon Drake and Josh, Drake Bell ditemui selamat selepas dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi.

Sumber: Getty Image

Sebelum ini pihak polis Daytona Beach, Florida memaklumkan di sosial media bahawa pelakon itu telah hilang.

Tambah pihak berkuasa lagi, kemungkinan lokasi terakhir Drake Bell berpotensi di kawasan sekolah menengah yang terletak di Florida dengan menaiki kereta BMW berwarna kelabu pada 12 April.

Sumber: Facebook

Beberapa jam selepas pihak polis memberitahu berita kehilangannya di sosial media, mereka berkongsi sekali lagi dan menyatakan pelakon itu telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Menerusi hantaran di Twitter, Drake Bell kelihatan seperti tidak menyangka situasi yang sedang dilalui apabila ciapan yang ditulis adalah seperti bila tertinggal telefon dalam kereta dan tidak jawab selama satu malam, ini yang berlaku.

Artis tersebut ditemui dengan khalayak ramai pada hari Selasa dalam lawatan ke SeaWorld di Orlando bersama anaknya.

Sumber: DailyMail

Seorang peminat menyatakan dia menyapa pelakon itu dan kelihatan baik-baik sahaja.

Pihak polis enggan mengulas lanjut mengenai identiti melaporkan kehilangan Drake Bell dan pengurus pelakon tersebut juga tidak segera untuk menjawab tentang situasi Drake.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca