Tersilap Menyorok Di Balai Polis, Ini 6 Kisah Penjenayah Kategori Bebal

Terdapat pelbagai filem yang memaparkan jenayah ini sebagai tema utama penceritaan mereka. Filem seperti Now You See Me menceitakan kisah rompakan berkumpulan dengan taktik yang bijak dan mengagumkan. Namun, realitinya tidak semua perompak itu berakal panjang. Berikut merupakan 6 kisah penjenayah bebal dari serata dunia.

1. Terjatuh dari cerobong asap

Setelah selesai merompak, seorang perompak melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah yang baru sahaja dipecah masuk. Malangnya, perompak berumur 33 tahun tersebut telah terjatuh ke dalam cerobong asap rumah itu. Polis tiba di tempat kejadian setelah tuan rumah melaporkan terdengar orang meminta tolong di dalam cerobong asap rumahnya.

Rompakan yang berlaku di Maastricht, Holland ini bukan sahaja menyebabkan perompak dihukum penjara dua tahun, lelaki tersebut yang bernama Marco Antonio Espinoza turut diarahkan membayar RM41701 kepada tuan rumah. Bayaran tersebut adalah bayaran ganti rugi atas kerosakan yang dilakukan setelah pihak bomba melepaskan Marco dari cerobong asap itu.

2. Perompak pelupa

Sesiapa sahaja akan memastikan keperluan mereka lengkap demi kelancaran kerja. Namun, seorang perompak ini mungkin terlupa akan perkara itu. Perompak muda tersebut pergi ke sebuah bank dan memberikan secebis kadbod bertulis, “Beri saya semua duit awak” kepada juruwang bertugas.

Semasa juruwang tersebut bertanya jika perompak itu mempunyai beg untuk dia meletakkan wang, perompak itu menjadi kaget. Dia akhirnya tersedar bahawa dia terlupa membawa beg untuk menyimpan hasil rompakannya. Perompak tersebut akhirnya lari tanpa mengambil apa-apa hasil.

3. Pistol air dan pengupas kentang

Di Mainz, Jerman, seorang lelaki berumur 52 tahun bernawa Walter Schoegl ditahan polis setelah cubaan merompak sebuah bank. Namun, senjata pilihan Walter adalah yang mencuri tumpuan. Dia melakukan rompakan dengan bersenjatakan pistol air dan pengupas kentang. Rompakan itu bukan sahaja melucukan malah merugikan buat Walter kerana dia pulang dengan tangan kosong setelah bank tersebut memaklumkan mereka sudah kehabisan wang.

4. Lagi kisah perompak pelupa

Einbrecher dringt in ein Haus ein.

Memilih untuk merompak sebuah farmasi, kejadian rompakan yang berlaku di Baltimore ini membuktikan sekali lagi bahawa seorang perompak hanyalah manusia biasa yang mudah lupa. Seorang lelaki telah mengacukan sepucuk pistol ketika dia meluru masuk ke satu farmasi. Dia menarik topeng di atas kepalanya untuk menutup mukanya.

Sebaik sahaja dia berbuat demikian, pandanganya serta-merta menjadi gelap gelita. Perompak itu akhirnya sedar dia terlupa hendak menggunting lubang buat matanya pada topeng itu. Dia kemudian diberkas oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

5. “Ya, inilah wanita yang saya telah rompak.”

Seorang lelaki ditahan polis kerana dia memenuhi ciri-ciri fizikal seorang penjenayah dikehendaki. Dia kemudiannya diminta untuk berdiri di hadapan mangsa untuk pengecaman identiti. Lelaki tersebut bertentang mata dengan mangsa sebelum dia berteriak, “Ya, dialah wanita yang saya rompak itu.”

6. Tersilap menyorok di balai polis

Seorang warga Amerika telah merompak sebuah kedai serbaneka. Lelaki berusia 26 tahun itu segera menyorok di bangunan sebelah untuk mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa. Lelaki tersebut akhirnya menyedari bahawa bangunan yang dipilihnya itu merupakan sebuah balai polis sebelum dia diberkas pihak polis.

Artikel Lain Untuk Di Baca