Tertinggal Kaki Palsu, Ini 4 Barangan Pelik Yang Tertinggal Di Hotel

Tertinggal barang adalah perkara yang sering terjadi kepada seseorang disebabkan terburu-buru atau terlupa. Bekerja di hotel pasti menemui pelbagai barangan pelik yang ditinggalkan oleh pelanggan.

Berikut kami kongsikan empat barangan pelik yang ditemui oleh pekerja hotel:

1. Gigi palsu

Pelanggan hotel tertinggal gigi palsu lalu menelefon pihak hotel. Dia menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirim gigi palsu kembali kepadanya.

2. Kuda

Seekor kuda ditinggalkan di kawasan tempat meletak kenderaan sebuah hotel kerana larangan haiwan dalam hotel. Malangnya, kuda tersebut terus ditinggalkan selepas pemiliknya terlupa mengambil haiwan sebesar itu.

3. Kaki palsu

Kebiasaannya akan tertinggal selipar atau kasut tetapi tidak pula kaki palsu.

4. Wang

Mungkin terlepas pandang disebabkan terburu-buru. Tetapi dengan jumlah sebanyak RM25,104.00, ia bukan tip untuk pekerja hotel.

Janganlah kita bersikap terburu-buru. Pastikan barangan yang dibawa lengkap dan periksa untuk kali ke dua bagi mengelakkan barangan tertinggal

Artikel Lain Untuk Di Baca