Tertindih Bawah Lengan Bapa, Bayi Usia 18 Hari Maut Ketika Tidur

tertindih-bawah-lengan-bapa-bayi-usia-18-hari-maut-ketika-tidur

Seorang bayi perempuan berusia 18 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tertindih oleh lengan ayahnya secara tidak sengaja ketika tidur sekatil.

Memetik laporan Daily Mail, kematian bayi malang tersebut, Asha-May itu berlaku dalam satu kejadian di Manchester, United Kingdom pada 6 Januari tahun lalu dan dibicarakan semula baru-baru ini.

Pada awalnya, ibu kepada bayi berkenaan, Alise Hulme bersama suaminya, Finney melaporkan kematian tersebut kepada polis dan memberitahu bahawa bayi mereka ditemui mati di katil bayi.

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengakui bahawa Asha-May meninggal dunia kerana tercekik akibat tertindih di bawah lengan semasa tidur bersama di katil mereka.

Berdasarkan hasil siasatan pihak patologi, kematian bayi malang tersebut adalah disebabkan hypoxia, di mana saluran udara tersumbat hingga berlaku kecederaan pada otak.

tertindih-bawah-lengan-bapa-bayi-usia-18-hari-maut-ketika-tidur
Gambar sekadar hiasan
Sumber: Astro Awani

Menurut fakta kes, sebelum beberapa jam kejadian, Alise telah berpesan kepada suaminya supaya meletakkan bayi mereka ke katil bayi selepas menyusukannya.

Bagaimanapun jelas kenyataan Alise, suaminya tidak melakukan apa yang disuruhnya lalu tertidur bersama Asha di katil mereka.

“Saya telah meletakkan Asha di katilnya Saya terbangun setelah dikejutkan Alise dan dapati Asha berada di bawah lengan kanan saya,” dakwa Finney, menafikan kecuaiannya yang terlupa meletakkan Asha di katil bayi.

Kes terbabit yang menyebabkan bayi mereka mati terhimpit itu dibicarakan di mahkamah.

Namun begitu, peguam kes, Andrew Cox telah membacakan semula kes dan menyimpulkan bahawa kematian tersebut tidak dikira sebagai kes yang disengajakan.

“Sekarang diterima sebagai bukti bahawa ketika kedua-dua ibu bapa ini bangun pada pagi hari 6 Januari 2020, Asha-May sebenarnya berada di tempat tidur mereka dan di bawah lengan kanan Encik Finney.

“Kenyataan ini bertentangan dengan versi peristiwa yang diberikan oleh mereka berdua kepada doktor di hospital, kerana Encik Finney adalah orang yang terakhir memberi makan kepada Asha-May pada malam sebelum kejadian.

“Dalam kes ini, berkemungkinan besar dia tidak sengaja melakukannya. Saya rasa wajar untuk mencatat kesimpulan bahawa kematian bayi ini adalah akibat kemalangan,” kata Andrew Cox.

Difahamkan, tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap pasangan terbabit selepas itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca