Tertera Pada Google Maps, Aksi Lamaran Lelaki Ini Jadi Bualan Ramai

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu mahukan detik lamaran perkahwinan untuk menjadi salah satu kenangan terindah dalam kehidupan mereka.

Untuk dijadikan cerita, seorang lelaki di Jerman ini tidak menyangka sama sekali bahawa lamarannya mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, Google Maps telah memaparkan foto lamaran itu yang diambil dari udara di aplikasi tersebut.

A screenshot from Google Maps shows the words "Willst du mich heiraten?" ("Do you want to marry me?") spelled out in a field of corn
Sumber: BBC

Menurut laporan media tempatan, Steffen Schwarz cuba membuat kejutan di sebuah ladang jagung dengan menggunakan bahasa Jerman, “Adakah anda sudi mengahwini saya?”

Pada kawasan seluas hampir dua hektar di Hüttenberg, Steffen yang bekerja sebagai seorang petani separuh masa itu menggunakan mesin penyemaian untuk membuat kejutan tersebut.

Memetik laporan BBC, lelaki berusia 32 tahun itu meminta teman wanitanya untuk menerbangkan dron di ladang tersebut pada tahun lalu.

Steffen berkata, “Pada mulanya, dia tidak dapat melihat mesej tersebut kerana dron itu diterbangkan terlalu tinggi.”

Tambahnya, “Namun, dia terus berkata ya sebaik sahaja melihat lamaran tersebut. Saya tidak pernah terlintas idea berkenaan akan muncul di perkhidmatan peta popular itu.”

Jelasnya, “Saya hanya menyedari tentang perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh ibu saudara yang menetap di Kanada.”

Untuk pengetahuan anda, pasangan itu dikatakan mempunyai perancangan untuk mengikat tali perkahwinan pada bulan Jun tahun ini.

Tidak berhenti di situ, dron itu akan digunakan sekali lagi untuk mengambil foto perkahwinan mereka.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai aksi lamaran unik, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca