Tertembak Oleh Rakan Sendiri, Konstabel Maut Dalam Keadaan Duduk

Tertembak Oleh Rakan Sendiri, Konstabel Maut Dalam Keadaan Duduk
Tertembak Oleh Rakan Sendiri, Konstabel Maut Dalam Keadaan Duduk
Gambar hiasan
Sumber: Astro Awani

Seorang konstabel polis lelaki ditemui mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai. Kejadian berlaku semalam dipercayai bahawa mangsa tertembak oleh rakannya sendiri yang juga merupakan seorang anggota polis turut menyewa rumah berkenaan.

ACP Stanley Jonathan Ringgit, Ketua Polis Daerah Sibu berkata selepas menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar 7 malam, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

“Kami dimaklumkan bahawa seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan. Mangsa tertembak pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan dalam keadaan duduk di atas sofa,” terangnya secara ringkas. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang berasal dari Pahang itu.

Menurut laporan yang diterima, mangsa baru sahaja menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dan dipindahkan untuk bertugas di Sibu sebulan setengah yang lalu. Difahamkan, sebelum waktu berbuka puasa mangsa datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dengan dua lagi rakan polisnya untuk bermain permainan komputer.

Mangsa ditempatkan di rumah transit, IPD Sibu telah meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak berusia setahun.

Selepas menerima laporan insiden itu, Stanley turut meninjau tempat kejadian. Mangsa diberi tanggungjawab bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Tambahnya lagi, laporan awal insiden berkenaan telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lukas Aket. Berikutan itu, kes telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca