Tertelan Lebah Ketika Berbasikal, Atlet Ini Temui Ajal

Atlet sukan mendayung terkorban dalam satu kemalangan selepas menelan seekor lebah ketika berbasikal sepanjang di pantai Brazil.

Waldonilton de Andrade Reis, 43, dilaporkan mengetuai lawatan berbasikal di pantai Ponta Negra yang terletak di Manaus, Brazil.

Sumber: NewsFlash

Menerusi laporan dari Amazonas, selepas seekor lebah itu terbang masuk dalam kerongkong atlet itu dia mengalami reaksi alahan yang teruk hingga boleh mengancam nyawa.

Kakak mangsa Rosilene Reis mendakwa tiada bantuan atau hospital yang berdekatan membuatkan Waldonilton terpaksa menunggu 20 minit sebelum bantuan tiba walaupun keadaan dirinya semakin teruk.

Sumber: Amazonas

Menurut Rosilene lagi, kawasan itu mempunyai pangkalan bomba. Namun begitu tidak mempunyai doktor bertugas semasa insiden itu berlaku.

Seorang anggota bomba cuba menyelamatkan atlet tersebut tetapi tidak berjaya. Selepas paramedik tiba, mereka bergegas membawa Waldonilton ke hospital sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi.

Walau bagaimanapun, Waldonilton de Andrade Reis meninggal dunia 3 minggu kemudian.

Sumber: NY Post

Kakak mangsa menyalahkan pihak keselamatan yang lambat bertindak dan datang ke tempat kejadian.

Hal ini kerana berdasarkan laporan doktor sekiranya Waldonilton mendapat bantuan oksigen dan rawatan perubatan dalam masa tiga minit selepas disengat kemungkinan mangsa dapat diselamatkan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca