Tertelan AirPods, Lelaki Ini Terkejut Alat Itu Masih Berfungsi Selepas Ia Keluar Ketika Dia Buang Air Besar

Kini, AirPods atau earphone tanpa wayar keluaran Apple memang menjadi trend dalam kalangan masyarat di seluruh pelosok dunia.

Terdapat satu kes di mana seorang lelaki dilaporkan tertelan AirPods sewaktu dia sedang tidur. Perkara ini menimpa lelaki dari Taiwan yang dikenali sebagai Ben Hsu. Dia dipercayai tidur sambil mendengar lagu dengan memakai kedua-dua AirPods di telinganya.

Sebaik sahaja terjaga daripada tidur, cuma satu AirPods sahaja yang masih ada di telinganya. Ben Hsu mengesyaki bahawa dia mungkin tertelan sebelah lagi sewaktu sedang lena dibuai mimpi.

Dia bergegas ke hospital untuk menjalani imbasan X-ray. Ternyata, tekaannya itu tepat sekali apabila doktor mengesahkan bahawa ia betul-betul berada di dalam perutnya.

Namun begitu, Ben Hsu tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan untuk mengeluarkan gajet kecil itu. Menurut doktor, ia akan keluar dengan sendiri semasa Ben Hsu membuang air besar.

Keesokan harinya, Ben Hsu berjaya ‘melabur’ dan AirPods itu berjaya dikeluarkan. Setelah mencuci dan mengeringkan alat itu, dia sangat terkejut apabila mendapati ia masih lagi berfungsi tanpa sebarang cacat cela.

Malah, bateri AirPods itu masih tinggal 41 peratus lagi, lapor Daily Mail.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca