Sebilah Pisau Tertanam Di Kepala Selama Empat Tahun, Ini Adalah Antara 4 Objek Tertinggal Selepas Menerima Rawatan

Doktor atau hospital adalah platform untuk pesakit mendapat rawatan dan mengharapkan dapat terus hidup supaya dapat menyara keluarga. Namun, lain pula jadi apabila kesilapan besar doktor ini mengeruhkan kesihatan si pesakit. Di sini kami kongsikan 4 kes objek yang tertinggal selepas menerima rawatan di hospital.

1. Span bedah disalah anggap sebagai tumor.

Selepas empat minggu bersalin secara Caesarean, seorang wanita berumur 28 tahun berjumpa dengan doktornya kembali kerana sakit pelik di bahagian rahimnya. Dia pulang ke rumah dengan tenang selepas ujian ultrasound mendapati tiada apa yang pelik dengan dirinya.

Namun, selepas enam bulan menahan sakit yang tidak tertanggung, wanita itu kembali ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan buat kali kedua.

Hasil daripada imej ultrasound menunjukkan terdapat ketumbuhan di bahagian rahimnya.

Imej ultrasound jelas menunjukkan objek yang seakan-akan tumor antara ususnya.

Justeru itu, pembedahan dijalankan secepat mungkin. Namun, bukan tumor yang dijumpai sebaliknya span bedah yang tertinggal oleh doktor yang bertanggungjawab ke atas pembedahan dirinya dulu.

2. Gunting bedah tertinggal di dalam badan pesakit buat kali kedua.

Sebilah gunting bedah ditemui di dalam badan seorang lelaki tua berumur 59 tahun. Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat mengenal pasti sudah berapa lama gunting tersebut berada di dalam badan lelaki itu.

Gunting itu dijumpai di bahagian abdomen tepi organ hatinya. Kemudian, pembedahan dijalankan di hospital yang berlainan pada tahun 2000. Lapan bulan selepas itu, lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan untuk kali kedua apabila sebilah gunting lagi tertinggal di dalam badannya.

Ini bermakna gunting kedua juga tertinggal ketika pembedahan mengeluarkan pengapit pertama dijalankan.

3. Pisau berukuran empat inci dijumpai di dalam kepala seorang lelaki selama empat tahun.

Li Fu, seorang lelaki dari China ini ditikam dengan sebilah pisau berukuran empat inci di bahagian kepalanya ketika dirompak oleh perompak bersenjata pada tahun 2006.

Luka di kepalanya telah dirawat namun pihak hospital terlepas pandang akan pisau yang tertikam di kepala Li Fu. Akibatnya, lelaki ini menghadapi sakit kepala yang kronik.

Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat mengesahkan punca sakit kepala tersebut dan mengambil masa selama empat tahun untuk mengenal pasti punca utama migrain yang tidak berkesudahan.

Akhirnya, doktor mengambil imej radiografi daripada tengkorak lelaki itu. Apa yang mengejutkan, mereka menjumpai sebilah pisau tertanam di dalam tengkorak kepala Li Fu.

Li Fu menjalani pembedahan dengan kadar segera untuk membuang objek tajam tersebut dari kepalanya.

4. Mesin X-ray tidak berhenti berbunyi apabila berjaya mengesan sebilah gunting yang terdapat di dalam abdomen seorang wanita.

Seorang wanita Turki perlu menjalani rawatan untuk menyembuhkan kanser usus kecilnya buat kali kedua pada tahun 2010. Dia mengadu telah menahan sakit pada bahagian perut dan abdomen selama lima tahun.

Namun, doktor memberitahu wanita itu, mereka tidak dapat menentukan sebab yang tepat untuk simptom penyakit yang wanita itu hadapi.

Kemudiannya, wanita itu bertindak untuk mendapatkan nasihat doktor dari hospital yang lain. Ketika pemeriksaan dijalankan, mesin X-ray kerap berbunyi bila ia mengesani objek seperti logam dan doktor menyangka objek terbabit tersimpan di dalam poket seluar wanita itu.

Apabila mereka sedari, sebenarnya objek tersebut adalah sebilah gunting yang terdapat di dalam badannya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca