Tersilap Cakap Dalam Program Melodi, Janna Nick Tampil Mohon Maaf

Aktres terkenal, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf kerana tidak menggunakan perkataan yang sesuai ketika siaran langsung rancangan hiburan Melodi pada Ahad lalu.

Sebagai seorang pengacara, Janna akui dia sepatutnya menggunakan perkataan yang lebih sesuai supaya penonton tidak salah tafsir maksud yang cuba disampaikan oleh aktres tersebut.

“Minta maaf, saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Ayat yang patut diubah ialah perkataan bagus itu.

Saya sepatutnya guna perkataan sekurang-kurangnya apabila ada public figure positif COVID-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan sekali gus memberi kesedaran kepada mereka tentang bahaya wabak ini. Saya minta maaf sebab salah guna perkataan,” katanya pada penutup program tersebut.

Bagi yang masih keliru, Janna sedang mengulas berita mengenai aktres Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 ketika tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton di laman Twitter.

Hal ini demikian kerana Janna berkata, “Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ini.”

Dalam pada itu, pengacara bersama iaitu Awal Ashaari pula berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh pelakon utama Bukan Cinta Aku itu.

“Tadi itu salah pentafsiran tapi kalau sama-sama bergosip sesama kita, saya faham. Maksud Janna, individu positif COVID-19 ini boleh berkongsi pengalaman mereka supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini. Itu maksudnya. Janna pun dah minta maaf, kita bolehlah drop topik ini,” ujar Awal.

Apa-apa pun, patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca