Terselamat Daripada Kebakaran Hutan, Lintah Bulan Ini Ditemui Di Australia

Baru-baru ini, Australia digemparkan dengan kebakaran hutan yang telah menyebabkan haiwan seperti koala kehilangan habitatnya.

Namun, lintah bulan berwarna merah jambu yang hanya terdapat di sebuah gunung di negara itu merupakan salah satu spesies yang terselamat daripada kebakaran tersebut.

Makhluk unik itu dilaporkan tinggal di lereng gunung berapi tidak aktif iaitu Gunung Kaputar di New South Wales (NSW) menurut laporan CNN.

Many feared the pink slug could be among species wiped out by bushfires -- but they can now breathe easily.
Sumber: CNN

Renjer dari Taman Negara NSW dan Perkhidmatan Hidupan Liar menemui kira-kira 60 lintah bulan Gunung Kaputar yang masih hidup selepas hujan membasahi negara tersebut baru-baru ini.

Organisasi itu menegaskan bahawa ia turut memainkan peranan penting dalam ekosistem walaupun ia tidak secomel koala atau walabi.

Dalam pada itu, ia dikenali sebagai spesies baharu kerana kebanyakan daripada lintah bulan Gunung Kaputar yang berukuran sehingga 20 sentimeter ini tidak diketahui sehingga 2013.

Frank Kohler iaitu seorang penyelidik kanan malacology di Muzium Australia berkata bahawa Taman Negara Gunung Kaputar ialah habitat kepada kira-kira 20 spesies endemik lintah bulan dan siput.

Jelasnya, “Ini adalah berita baik kerana penemuan spesies itu memberi harapan kesan kebakaran mungkin tidak sebesar yang kita fikirkan.”

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai kebakaran hutan di Australia, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca