Tersangkut Berjam-Jam Di Depan Pintu Masuk, Ini Tips Untuk Melawat Ke Luar Negara

  1. Sediakan Itinerari Sebelum Melancong Ke Luar Negara.

Sebelum pergi bercuti ke mana-mana negara, anda seharusnya menyediakan senarai jadual tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Ini bagi mengelakkan anda daripada disoal selama berjam-jam oleh pegawai keselamatan di negara yang anda kunjungi.

2. Tempah Tempat Penginapan Anda Sebelum Hari Bertolak.

Antara website dan aplikasi yang boleh anda gunakan termasuklah HotelsCombined.com, Agoda.com dan Booking.com. Ini bagi memudahkan anda agar anda tidak perlu berasa risau tentang tempat penginapan yang sesuai dengan cita rasa anda.

3. Bawa Bersama Bekalan Ubat Sebagai Bekalan Kecemasan

Malang tidak berbau, kadang-kadang perubahan cuaca boleh menyebabkan kita jatuh sakit misalnya seperti demam, batuk dan selsema. Ketahui bahawa ubat-ubatan di luar negara lebih mahal harganya berbanding dengan yang ada di Malaysia.

4. Bawa Bekalan Makanan Yang Mencukupi

Kebanyakan negara-negara barat agak sukar untuk menemui makanan halal. Jika ada kadangkala ia tidak sesuai dengan selera dan tekak anda. Anda boleh membawa bekalan makanan seperti pes-pes makanan, sardin, kicap dan sebagainya.

5. Bawa Botol Air Yang Boleh Dilipat Bersama

Isu bekalan air di tandas sangat penting untuk rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, sediakanlah bekalan botol yang senang dilipat ini ke mana sahaja agar ia dapat memudahkan perjalanan hidup anda.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca