Tersalah Bebas 12 Banduan, Ketua Pegawai Penjara Ini Dikecam Teruk

Seorang syerif di Texas, Amerika Syarikat menerima pelbagai kecaman daripada masyarakat selepas penjara di bawah kendaliannya tersalah bebas 12 orang banduan tahun ini.

Menurut laporan San Antonio Express-News, Hakim Daerah Bexar iaitu Nelson Wolff mengatakan bahawa penjara berkenaan berdepan ‘krisis’ selepas dua orang banduan tersalah dibebaskan dalam tempoh 12 jam pada Khamis lalu.

Pada masa yang sama, Wolff turut menggesa Syerif Javier Salazar supaya menjadi ketua yang lebih baik.

“Dia memaklumkan sedang melakukan segala yang mampu untuk menangani isu tersebut. Saya percaya dia sedang mencuba namun insiden dalam tempoh beberapa bulan ini tidak sepatutnya berlaku.”

“Sudah tiba masa perubahan drastik dilakukan,” kata Wolff.

Salazar juga dicadangkan untuk mengupah pentadbir penjara profesional bagi membendung kesalahan seumpama itu. Difahamkan, Salazar akan mempertimbangkan cadangan itu.

Dalam satu sidang media, Salazar mengatakan bahawa meskipun siasatan dijalankan selepas setiap pembebasan salah berlaku, dia tetap gagal untuk menemukan punca permasalahan itu.

Tambah Salazar, orang ramai tidak sepatutnya menuding jari terhadapnya. Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan yang beberapa banduan telah dibebaskan dengan sengaja.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca