Tersalah Basuh Baju Putih Isteri Jadi Merah Jambu, Lelaki Ini Gelabah Minta Bantuan Warganet

Seorang suami kecut perut apabila dia dengan tidak sengaja telah menyebabkan warna baju milik isteri kesayangannya bertukar daripada warna putih kepada warna merah jambu.

Lelaki yang dikenali sebagai Adli Amirullah itu berkongsi kisah tersebut di laman Twitter dengan harapan pengguna laman itu dapat membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

Meskipun ia kedengaran agak lucu, tetapi situasi itu telah membuatkan Adli seram sejuk kerana bimbang akan dimarahi isterinya.

“Minta bantuan, saya secara tidak sengaja mencuci blaus putih baharu isteri saya dan kini ia bertukar menjadi warna werah jambu! Saya belum beritahu dia lagi. Saya cuba untuk selesaikan terlebih dahulu (kembalikan ia kepada warna asal). Tolong!” coret Adli.

Pada hantaran yang sama, Adli turut mendedahkan bahawa isterinya baru sahaja membeli blaus berkenaan memandangkan dia tidak mempunyai koleksi blaus berwarna putih sebelum ini.

“Lebih menyedihkan, dia beritahu saya semalam, dia sengaja membeli baju putih kerana tiada koleksi blaus putih. Adakah saya perlu sembunyikan perkara ini atau saya membeli baju sama di kedai, hari ini?” tulis lelaki itu.

Perkongsian Adli ternyata berjaya mencuri perhatian warganet dan menjadi tular dalam sekelip mata sahaja. Rata-rata tampil memberi pelbagai cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah Adli.

“Terima kasih kepada orang ramai kerana membantu. Saya dah rendam blaus dengan klorox dan sabun dan lihat apa yang berlaku bila saya balik kerja nanti. Jika ia masih sama juga, saya akan ke kedai esok untuk membeli baju baharu untuk isteri,” luahnya.

Dalam pada itu, Adli juga sempat berkongsi perbualannya dengan isteri menerusi aplikasi WhatsApp. Dalam tangkapan skrin itu, isterinya dilihat sedang mencari blaus berwarna putih miliknya.

Adli juga mengatakan bahawa baju yang direndam dengan klorox dan sabun tadi tidak bertukar kepada warna putih semula. Ini menyebabkannya terpaksa keluar dan membeli baju baharu buat isterinya.

“Saya cari di pusat beli belah, saya tawaf-tawaf tak jumpa. Kemudian berjalan masuk ke mana-mana kedai dan akhirnya berjaya jumpa baju itu. Ia hanya tinggal satu sahaja! Syukur,” katanya.

Adli juga telah memberitahu perkara sebenar kepada isterinya. Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian itu. Agaknya, jika anda berada dalam situasi sama macam Adli, apa yang anda akan lakukan? Tadah saja telinga atau ikut jejak langkah Adli?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca