Terperangkap Akibat PKP, Pelancong Dari Rusia Ini Ditinggalkan Sendirian Di Temerloh

Sebelum ini tular gambar seorang lelaki warga asing dilihat ‘terduduk’ bersendirian di kaki lima restoran makanan segera di Temerloh sambil memegang kotak bertulis ‘I can’t go home and have no money. I need a food’. 

Kisah sebenar lelaki tersebut mula menjadi persoalan dalam kalangan warganet selepas gambarnya yang dikongsikan di Facebook oleh Eza Nurbaiti telah mendapat lebih 13,000 perkongsian.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut sebenarnya merupakan seorang jurutera dari Rusia yang terperangkap dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas memasuki negara ini pada 17 Mac lalu.

Untuk rekod, fasa pertama PKP bermula pada 18 Mac lalu, sehari selepas beliau dikatakan memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, pihak mereka bergegas untuk menemubual lelaki tersebut selepas mendapat aduan.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan pada 18 April lalu, dia yang ketika itu berada di Kuantan berusaha untuk pulang segera ke negara asal, namun tiket penerbangannya dibatalkan.

Dia gagal menghubungi dua rakannya itu dan kemudian menumpang sebuah lori untuk ke Kuala Lumpur, namun diturunkan di Temerloh, semalam,” jelas beliau.

Pihak polis bagaimanapun jelasnya sudah menghantar lelaki tersebut ke hospital bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan telah menghubungi pihak kedutaan Rusia bagi tindakan lanjut.

Walaupun negara kita dan seluruh dunia dilanda pandemik ketika ini, namun usaha yang dijalankan oleh petugas-petugas barisan hadapan ini memang diakui sangat cemerlang.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yanng hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca