Pemain bola sepak Brazil percaya bahawa Cristiano Ronaldo terpengaruh ketika sertai Arab Saudi Januari lepas.
Selepas kontrak dengan Manchester United tamat, Ronaldo telah tandatangan kontrak baru dengan Arab Saudi.
Dengan tawaran yang diterima, iaitu £173 juta setahun untuk kontrak selama dua tahun setengah, Ronaldo sekaligus menjadi pemain bola sepak yang mempunyai bayaran tertinggi di seluruh dunia.
Oleh itu, bekas ahli pasukan, Rivaldo memberi pendapatnya tentang tawaran besar dari Arab Saudi sebenarnya telah menutupi cara kehidupan harian mereka dan tahap kesukaran liga bola sepak di sana.
”Saya faham yang kadang-kadang pemain boleh tertipu dengan kontrak besar yang mereka tandatangani dari Arab Saudi tapi kehidupan di sana lebih tertutup dan bola sepak pula bukanlah tidak semudah yang disangka.
”Jadi, anda mungkin sedang lalui satu fasa kekecewaan dan mungkin juga imbas kembali jika wang yang anda dapat itu cukup untuk tebus semula hidup anda yang kurang bahagia itu sekarang.
”Lebih baik untuk dirinya dan untuk bola sepak apabila melihat Cristiano Ronaldo kembali ke Real Madrid bagi menghabiskan kariernya,” kata Rivaldo.
Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 12 gol dalam 16 perlawanan untuk Al-Nassr.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: