Terpedaya Iklan Kerja Sambilan WhatsApp, Suri Rumah Rugi RM35,000

Gara-gara terpedaya dengan satu iklan tawaran kerja sambilan di WhatsApp yang menawarkan keuntungan lumayan, seorang suri rumah di Kuantan mengalami kerugian sebanyak RM35,000.

Menurut Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, pada Jumaat lalu, mangsa mendapat satu hantaran mesej di aplikasi WhatsApp yang menawarkan kerja sambilan daripada pihak Shopee.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Superintendan negeri, Mohd Wazir Mohd Yusof. Sumber: Utusan Malaysia

Teruja dengan tawaran yang lumayan itu, suri rumah tersebut terus menerima tawaran kerja berkenaan.

“Sejurus selepas bersetuju memulakan kerja sambilan tersebut, mangsa mendapat pula pesanan ringkas daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai Manager Lin.”

Mangsa kemudian diberikan tugas oleh Manager Lin ini untuk ‘like’ iklan Shopee menerusi pautan yang diberikan. Selain itu, mangsa juga diminta memindahkan wang bagi mendapat keuntungan daripada tugasan tersebut.

Susulan tugasan itu, mangsa kemudiannya memulakan pembayaran wang tersebut pada Sabtu lalu lebih kurang pukul 12.35 tengah hari.

“Mangsa membuat bayaran pertama sebanyak RM510 kepada akaun bank yang diberikan dan ternyata mangsa ada menerima keuntungan sebanyak RM124 bagi tugasan pertama dan kedua.

Mangsa pada awalnya mendapat keuntungan untuk tugasan awal.

“Namun pada Ahad lalu, Manager Lin sekali lagi mengarahkan mangsa melakukan tugasan sama dan tanpa sedar bermula pukul 2.19 petang sehingga pukul 8.19 malam mangsa telah membuat enam kali transaksi dengan pembayaran RM35,000 ke dalam tiga akaun berbeza,” katanya

Malang buat mangsa, walaupun wang sudah dipindahkan, dirinya masih tidak mendapat keuntungan seperti yang sebelumnya. Malah Manager Lin turut gagal dihubungi selepas itu.

Mengesyaki dirinya sudah ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis dengan mendakwa terpedaya dengan suspek yang menawarkan kerja sambilan yang tidak wujud.

Kes ini disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca