Terpedaya Dengan Ajakan Kawan, Wanita Rugi Lebih RM780,000

Seorang wanita warga Kuantan berumur 42 tahun mengalami kerugian lebih RM780,000 selepas menyertai satu pelaburan projek perumahan selama dua tahun.

Menurut wanita itu, pelaburan tersebut diperkenalkan oleh rakan wanitanya (suspek) pada tahun 2018. Dia mengenali suspek pada tahun 2017 sebelum diajak untuk menyertai sebuah pelaburan yang didakwa diuruskan oleh adik suspek di Ulu Tiram, Johor.

Kata Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, keuntungan yang dijanjikan kepada mangsa ialah melalui komisen bergantung kepada hasil jualan rumah projek tersebut.

Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof. Sumber: Sinar Harian

Tertarik dengan pulangan yang dijanjikan, mangsa bersetuju untuk membuat bayaran secara berperingkat.

“Mangsa membuat bayaran RM800 hingga RM318,479 membabitkan jumlah keseluruhan RM780,276 dalam tempoh Jun 2018 hingga Ogos 2020 melalui enam akaun bank atas nama individu berbeza.

“Dalam tempoh itu, mangsa hanya menerima keuntungan kira-kira RM100,000,” katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Namun bermula November 2020, kata Wazir, mangsa tidak lagi menerima sebarang bayaran. Alasan yang diberikan suspek ialah dia  sudah tiada wang kerana adiknya yang menjalankan projek itu sudah meninggal dunia.

“Mangsa menghubungi suspek beberapa kali untuk menuntut wangnya, namun wanita itu gagal berbuat demikian,”

Gambar hiasan

Apabila mangsa cuba menuntut wang tersebut, suspek memarahi mangsa malah mengugut untuk membunuh diri.

“Suspek turut mengugut untuk membunuh diri jika mangsa terus menuntut wang daripadanya,” terang Wazir.

Mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada 10 November dan kini pihak polis membuka kertas siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya mangsa dengan peluang pelaburan disyaki tidak wujud hingga terpaksa menanggung kerugian.”

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca