Susulan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pelakon Tasha Shilla terpaksa menunda perancangan untuk berbulan madu di Tanah Suci Makkah. Walau bagaimanapun, Tasha Shilla memanfaatkan waktu bersama suami dengan hanya berbulan madu di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Setakat ini, saya dan suami hanya berbulan madu di rumah sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasa.
“Ada hikmah di sebalik ujian COVID-19 ini kerana kami banyak memanfaatkan masa bersama termasuk beribadah di rumah.
“Insya-Allah selepas semua kembali seperti biasa, saya dan suami tetap mahu nikmati fasa berbulan madu di Makkah,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashasheila Abdul Razak berkata kehidupannya kini lebih bahagia di samping suami dan keluarga. Malah, sepanjang tempoh tersebut mereka lebih mengenali antara satu sama lain.
“Apa yang saya lihat, suami masih sama seperti awal perkenalan. Dia seorang yang sangat positif, jenis bangun pagi dan suka mengemas rumah. Suami juga seorang yang kelakar.
“Ahli keluarga saya bertambah dengan kehadiran keluarga mentua. Rumah kami meriah dengan kunjungan keluarga.
“Bagaimanapun, saya dan suami dapat berkongsi pelbagai aktiviti harian seperti memasak, bersukan, bersenam dan membaca buku dalam tempoh berkurung di rumah. Setiap hari masa diisi dengan banyak perkara bermanfaat termasuk merancang masa depan lebih baik,” katanya.
Menurut Shilla, saat awal diuji dengan pandemik sehingga kini, dia banyak berserah kepada Yang Maha Esa atas ujian yang datang.
“Ada ketika saya rasa lemah. Lalu, saya mendirikan solat, minta petunjuk dan ketenangan.
“Apa yang disedari, ujian yang datang kali ini dikongsi bersama suami yang juga cukup membantu. Dia menjadi pendengar setia dalam suka dan duka,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya berkenaan cahaya mata, Tasha berkata, dia masih belum ada tanda-tanda berbadan dua.
“Kami tiada perancangan kerana semuanya ditentukan Allah. Apa yang lebih utama kami menghargai detik yang dilalui bersama,” jelas Shila.
Untuk rekod, Tasha Shilla dan Muhammad Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis ringkas di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu. Pasangan ini mengikat tali pertunangan selepas dua bulan berkenalan.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Untuk membaca artikel lain berkaitan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: