Terpaksa Lepaskan Gelaran Diraja, Putera Harry Luah Rasa Hati

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle menjadi tumpuan dunia selepas mengumumkan bahawa mereka mahu mengundur diri daripada menjalankan tugas rasmi diraja.

Menerusi ucapan beliau pada sebuah majlis makan malam, beliau berkata bahawa kedua-dua pasangan itu telah melaksanakan tugas mereka terhadap negara.

“Atas sebab-sebab tertentu, ia satu kesedihan yang amat sangat apabila perkara ini terjadi. Kami mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan selepas berdepan cabaran ini bertahun lamanya,” katanya.

Namun, Putera Harry menyifatkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain sekiranya beliau mahukan kehidupan yang lebih baik dengan Meghan dan anak mereka, Archie.

Meskipun berdukacita dengan keputusan tersebut, Harry turut akui bahawa beliau sebenarnya sudah lama bersedia untuk meninggalkan dana awam untuk menampung gaya hidup mewahnya.

Jelasnya, “Kami mahu menempuh hidup baharu. Terima kasih kerana memberi kami kekuatan untuk mengambil langkah seterusnya.”

Dalam pada itu, Harry dan isterinya pernah meluahkan hasrat untuk meneruskan khidmat kepada nendanya Ratu Elizabeth II, Komanwel dan barisan tentera tanpa sebarang pembiayaan awam.

Mereka juga tidak lagi mendapat gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya membuat keputusan tersebut.

Pasangan itu turut berharap bahawa keputusan tersebut dapat sedikit sebanyak mendorong mereka ke arah kehidupan yang lebih aman.

Anda boleh tonton video ucapan penuh Putera Harry di bawah.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Putera Harry dan Meghan Markle, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca