Terpaksa Guna Ventilator, Ibu Muda Ini Selamat Lahirkan Anak Ketika Bertarung Dengan COVID-19

Seorang ibu muda yang disahkan positif COVID-19 selamat melahirkan anak lelakinya walaupun terpaksa bergantung kepad mesin ventilator.

Megan Sites, 27, pada mulanya mengalami kesukaran untuk bernafas dan sukar berbaring telah dikejarkan ke jabatan kecemasan di sebuah hospital di Ohio pada 1 April.

Kandungan Sites ketika itu baru berusia tujuh bulan.

Ujian yang dijalankan mengesahkan wanita itu positif bagi wabak COVID-19 dan dia terpaksa dipasangkan ventilator ekoran paru-parunya terjejas.

Kira-kira seminggu kemudian, keadaan Sites semakin memburuk dan dia terpaksa dipasangkan sejenis mesin iaitu extracorporeal membrane oxygenation (EMCO), malah dia diterbangkan ke Hospital Miami Valley bersama mesin tersebut untuk menjalani pembedahan caeserean.

Dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki di mana kandungannya ketika itu berusia 29 minggu dan enam hari.

Sites melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan kerana bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya.

Sepuluh hari kemudian, Sites dapat berjumpa dengan bayinya yang dinamakan Jameson.

Jameson yang berada di wad NICU dilaporkan berada dalam keadaan sihat tanpa ada simptom-simptom dijangkiti COVID-19 dan dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh empat hingga lima minggu.

“Tidak ada kata-kata dan cara untuk ditunjukkan kepada mereka penghargaan yang selayaknya. Ia adalah sesuatu yang luar biasa,” kata Sites mengenai pasukan perubatannya.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca