Terpaksa Dibunuh Demi Faktor Keselamatan, Walrus Popular Dari Norway Ini Tertekan

Seekor walrus yang menjadi tarikan popular di kalangan pengunjung ke pantai Norway dibunuh oleh pihak berkuasa pada Ahad lepas atas faktor keselamatan.

Walrus betina yang dinamakan Freya itu dikenali ramai kerana sikapnya yang gemar memanjat masuk ke dalam bot untuk bergambar bersama pengunjung. Freya juga sering menaiki bot untuk berjemur dan kadangkala menenggelamkannya kerana berat badannya yang mencecah 600 kilogram.

Walaupun pihak berkuasa di sana telah menggesa orang ramai agar menjauhkan diri daripada haiwan tersebut, tetapi semakin ramai pengunjung yang memenuhi kawasan tersebut.

Ini menyebabkan Freya seberat 589.6 kilogram itu semakin tertekan dan menjadi ancaman kepada manusia.

Dalam satu kejadian, polis terpaksa mengepung kawasan mandian selepas walrus itu mengejar seorang wanita ke dalam air.

Berdasarkan pemantauan pada minggu lalu, Freya jelas menunjukkan tanda-tanda bahawa ia tidak boleh lagi berada hampir dengan manusia.

“Keputusan untuk membunuh haiwan itu dibuat berdasarkan penilaian keseluruhan akan ancaman berterusan yang dibawanya terhadap keselamatan manusia,” memetic kenyataan Ketua Pengarah Perikanan Frank Bakke-Jensen.

“Kami telah mempertimbangkan semua penyelesaian yang mungkin dengan teliti. Kami merumuskan bahawa kami tidak dapat menjamin kebajikan haiwan itu melalui apa-apa cara yang ada,” tambahnya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Freya dimatikan. Tambahan pula, walrus tersebut dikatakan tidak berasal dari kawasan itu.

Ia muncul selepas singgah seketika di Norway sebelum berhijrah ke habitat baharu. Berkemungkinan dalam perjalanan pulang ke Lautan Artik melalui Norway.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca