Terpaksa Berlakon Untuk Elak Diperkosa, Ini Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: The Week

Baru-baru ini, Muhammad Millendaru Prakasa atau lebih dikenali sebagai Millen Cyrus mencuri perhatian ramai apabila Instafamous transgender dari negara seberang berkenaan dipindahkan ke sel khas selepas pernah ditahan di penjara lelaki.

Millen yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi Ashanty telah dipindahkan ke penjara khas kerana wujud kebimbangan bahawa dia akan mengalami penderaan seksual sekiranya ditempatkan bersama-sama dengan banduan lelaki.

Sumber: Instagram @millencyrus

Untuk pengetahuan anda, kes keganasan seksual terhadap wanita transgender di penjara lelaki bukan satu perkara yang baharu. Menerusi sebuah video dokumentari yang dimuat naik di akaun KQED Arts, anda boleh melihat sisi gelap wanita transgender yang ditempatkan dalam penjara lelaki.

Bukan sahaja sebahagian daripada mereka pernah mengalami gangguan seksual, ada juga yang pernah diperkosa oleh banduan lelaki.

Yekaterina Wesa Patience iaitu seorang tahanan di penjara lelaki dekat Vacaville, California mengesahkan kenyataan tersebut dengan berkata, “Saya diperkosa sewaktu berada di penjara pertama.”

Oleh itu, Yekaterina terpaksa berlakon menjadi kasar dan agresif seperti yang lain supaya dia boleh melindungi dirinya daripada diperkosa.

Sumber: YouTube KQED Arts

“Saya rasa seperti sedang berlakon. Saya harus pastikan gaya sesuai seperti lelaki setiap hari termasuk cara jalan dan perlu bersuara berat. Saya harus jadi seperti seorang lelaki kuat sehingga satu hari tidak mampu tahan lagi,” jelasnya.

Walaupun niat asal Yekaterina adalah untuk menjadi seseorang yang lebih baik, persekitaran penjara telah memberi pengaruh buruk dan meninggalkan trauma kepada dirinya.

Sumber: YouTube KQED Arts

Dalam pada itu, Yekaterina bukan satu-satunya tahanan transgender yang mengalami layanan kejam di Amerika Syarikat. Ini kerana golongan transgender lebih kerap diseksa secara seksual di penjara lelaki menurut jurnal Violence in California Correctional Facilities: An Empirical Examination of Sexual Assault (2009).

Selain gangguan seksual, masalah lain yang turut dihadapi wanita transgender di penjara lelaki ialah program bimbingan yang berorientasikan lelaki.

Jazzie Paradize Scott menjelaskan bahawa mereka tidak mampu untuk sesuaikan diri dengan program bimbingan tersebut. Jadi, Jazzie meminta pihak penjara menyediakan satu program khas yang sesuai dengan keperluan para banduan transgender wanita.

Sumber: YouTube KQED Arts

Pada masa yang sama, program ini adalah untuk memastikan bahawa golongan berkenaan dapat melakukan semua rutin dengan selamat tanpa menerima apa-apa ugutan daripada banduan lelaki.

Usahanya akhirnya membuahkan hasil kerana Jazzie dan Yekaterina kini dapat menikmati semua fasiliti khas seperti kemudahan sukan dan program kecergasan di penjara berkenaan.

Pada pendapat anda, adakah layanan kejam ini sepatutnya berlaku kepada golongan tersebut atau sebaliknya? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca