Terowong Cinta Di Ukraine

Sekiranya anda sedang dilamun cinta, ini ada sebuah tempat yang romantik untuk anda.

Rel kereta api yang dikelilingi rimbunan pokok menghijau ini terletak di Klevan, Ukraine. Kereta api yang melalui landasan ini telah membentuk pokok-pokok mengikut saiznya dan menjadi sebuah terowong.

Kereta api ini digunakan untuk mengangkut barang dari kampung ke kilang dan rel yang terpisah ini menuju ke pangkalan rahsia tentera yang terletak jauh di dalam hutan.

Berdasarkan sejarah, pokok-pokok ini telah ditanam oleh tentera Soviet bagi menyembunyikan pengangkutan dan operasi mereka.

Kini, terowong ini menjadi destinasi popular bagi para pelancong dari seluruh dunia terutama pasangan yang sedang hangat bercinta dan berkahwin. Selain itu, tempat ini juga menjadi lokasi pilihan untuk sesi fotografi perkahwinan.

Ia mendapat gelaran ‘Terowong Cinta’. Mengikut legenda kepercayaan masyarakat tempatan, hajat pasangan yang melintas rel ini sambil berpegangan tangan akan menjadi kenyataan.

Artikel Lain Untuk Di Baca