Daripada novel dengan status ‘national bestseller’ hinggalah diadaptasi dan dipentaskan di layar perak, Critical Eleven adalah naskhah ‘wajib baca’ buat semua pencinta buku. Tidak hanya terhenti di situ, pelakon wanita utama filem ini, Adinia Wirasti turut meraih anugerah Aktres Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2018. Bukan biasa-biasa.
“Critical Eleven punya konflik yang boleh dikatakan tidak mudah untuk dihadapi. Ia bukan tentang pasangan yang bertemu lalu mereka putus cinta karena tidak serasi, tapi ini tentang kehilangan cinta,” Adinia Wirasti dipetik berkata kepada detikHot.
Berikut 11 fakta ‘kritikal’ tentang Critical Eleven:
1. Critical Eleven, sebuah novel tulisan Ika Natassa yang telah diterbitkan di Indonesia pada tahun 2015. Pada tahun 2016, Lejen telah berjaya mendapatkan hak penerbitan novel ini untuk pasaran Malaysia.
2. Novel Critical Eleven dalam bahasa Melayu telah diterbitkan secara rasminya pada Oktober 2017. Ia dijual di seluruh negara melalui rangkaian kedai buku seperti MPH, Gallery Bookstores, Kinokuniya, Times Bookstores, Borders, I Am Lejen Shop dan lain-lain.
3. Novel karya Ika Natassa ini merupakan novel yang terlaris di Indonesia – terjual lebih 1,000 naskhah dalam masa 11 minit menerusi jualan online. Lima laman web yang menjual Critical Eleven cetakan pertama di Indonesia mengalami server crash.
4. Critical Eleven adalah antara novel yang menerima ribuan komen positif di Goodreads dan rangkaian laman sosial.
5. Critical Eleven merupakan novel pertama Ika Natassa yang diterjemah ke bahasa Melayu.
6. Ika Natassa yang merupakan seorang pegawai bank, juga turut terlibat dalam penulisan skrip untuk filem adaptasi novel ini. Selain itu, beliau sendiri menghasilkan ilustrasi untuk kulit hadapan novel ini.
7. Tajuk novel ini datang dari istilah “critical eleven” – iaitu terma penerbangan untuk 11 minit paling berbahaya – 3 minit sebelum take off, dan 8 minit sebelum landing – 80 peratus kemalangan kapal terbang berlaku di waktu ini.
8. Filem adaptasi daripada novel ini telah ditayangkan di Indonesia pada Mei 2017, dan berada dalam rekod 7 filem dengan kutipan yang tertinggi pada tahun 2017 di Indonesia. Watak utama telah dilakonkan oleh Reza Rahadian dan Adinia Wirasti.
9. Novel ini telah menarik ramai produser di Indonesia sehingga berlakunya perang bida untuk mendapatkan hak menerbitkan filem tersebut dengan harga sehingga Rp. 600 juta (RM190,000)
10. Novel ini telah mendapat tempahan awal daripada toko-toko buku utama seluruh Malaysia sebanyak lebih 2,000 naskhah. Satu angka yang mampu menyaingi Langit Petang bagi jualan sebelum penerbitan.
11. Ika Natassa mengambil masa dua tahun setengah untuk menyiapkan novel ini kerana penulis mengambil masa yang lama untuk membuat kajian dalam mempersiapkan novel ini.
Antologi Rasa, 3 tahun lebih dikit.
Critical Eleven, 2,5 tahun. https://t.co/ZvPmn35VLW— Ika Natassa (@ikanatassa) February 2, 2017
Daripada sambutan yang sangat menggalakkan sehingga ke hari ini, dengan komen-komen positif yang tak putus-putus, kami mengesyorkan korang yang belum lagi memiliki dan membaca novel ini untuk segera mendapatkannya. Pasti berbaloi!
Critical Eleven boleh dibeli secara online di laman web Lejen Press, I Am Lejen Shop SS15 Subang Jaya, dan juga kedai-kedai buku utama serta ejen-ejen Lejen seluruh negara.
Novel National Bestseller #CriticalEleven dah mula dijual di @IAmLejenShop, sayang. pic.twitter.com/pUuXl2GmFy
— Aisa Benasri (@AisaBenasri) October 28, 2017
Tonton trailer menarik filem Critical Eleven ini.