Akibat memakan cendawan beracun, 3 daripada 11 penduduk di Assam telah menemui ajal kerana mengalami gejala muntah, sakit perut dan meggigil belarutan.
Kejadian berlaku di kawasan timur laut India, Chapatoli, Assam apabila 11 penduduk termakan cendawan beracun sehingga perlu dikejarkan ke hospital.

Cendawan beracun itu ditemui oleh bapa mentua Anjali Kharia yang kemudiannya mengagihkan cendawan itu kepada penduduk jiran tetangga.
Selepas memakan cendawan tersebut, kesemua mangsa telah jatuh sakit pada hari sama.

Anak kepada Anjali Khalia turut mengalami gejala muntah yang teruk dan menggigil sebelum jatuh rebah di pangkuan Anjali.
Menurut Anjali Kharia, penduduk di Assam sering mencari cendawan dan sayur-sayuran di hutan untuk dijadikan bahan masakan serta penyediaan pelbagai makanan.
Cendawan liar juga merupakan salah satu menu masakan istimewa untuk dinikmati dalam hidangan sup pekat dan sayur-sayuran.
Menurut Anjali lagi, mereka sering memetik dan makan cendawan selama bertahun-tahun. Jadi dia tidak sangka cendawan yang ditemui oleh bapa mentuanya adalah cendawan beracun.

Apabila ratusan cendawan memenuhi ladang hijau teh, kematian di sana dianggap perkara biasa sejak bulan Mac dan April yang lalu.
Individu yang selalu menjadi mangsa adalah pekerja miskin yang bekerja di ladang tersebut.
Sehingga kini masih tiada rekod kematian yang dicatatkan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: