Seorang wanita di New Delhi, India telah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan bagi memujuk teman lelakinya.
Kekasihnya itu dilaporkan telah merajuk akibat daripada wanita itu yang terlupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Wanita yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh dipercayai telah bercinta dengan teman lelakinya di Sarani.
Hubungan antara pasangan kekasih itu dikatakan mula goyah setelah wanita itu tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada teman lelakinya.
Berdasarkan laporan, kekasihnya itu marah lalu mereka berdua mula bertengkar. Susulan daripada itu, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita berkenaan.
Wanita itu telah cuba untuk mendekati dan bercakap dengan teman lelakinya itu buat beberapa kali tetapi masih gagal.
Akibat tidak tahan dengan perangai teman lelakinya, wanita itu bertindak untuk menghubungi pihak polis demi meminta bantuan bagi memulihkan hubungan mereka.
Berdasarkan laporan India Times, pihak polis kemudian memanggil lelaki itu ke balai polis dan cuba untuk berbincang dengannya.
Pihak polis akhirnya berjaya menyatukan pasangan kekasih tersebut dan menasihati mereka untuk berkahwin.
Ahli keluarga kepada kedua-dua pasangan kekasih tersebut akhirnya bersetuju untuk menyatukan mereka berdua.
Mereka akhirnya dilaporkan telah berkahwin di Arya Samaj Mandir.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: