Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Lee Kwang Soo Rehat Dari Running Man

Lee Kwang Soo terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Februari lalu.

Memetik laporan Soompi, bintang program Running Man itu mengalami kecederaan pada buku lalinya akibat perlanggaran tersebut.

Pelakon terkenal itu dikatakan sudah menjalani pembedahan buku lali pada petang Selasa (18 Februari).

King Kong by Starship, agensi yang mewakili pelakon itu mengesahkan perkara tersebut dan berharap para peminat mendoakan yang terbaik buat pelakon pujaan ramai itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh King Kong by Starship, “Pada petang 15 Februari (Sabtu), kereta dinaiki Kwang Soo terlibat dalam kemalangan selepas sebuah kereta melanggar lampu isyarat.”

Tambahnya, “Setelah melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran, Kwang Soo didiagnosis patah di pergelangan kaki kanannya. Beliau dimasukkan ke hospital dan akan memberi fokus kepada rawatan pergelangan kaki buat masa ini.”

Agensi itu turut mengesahkan bahawa Kwang Soo tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijadualkan termasuk Running Man buat sementara waktu.

Dalam pada itu, Kim Jong Kook dan Haha juga mendoakan Kwang Soo untuk cepat sembuh.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Running Man, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca