Terlantar Gara-Gara Penyakit Strok, Wanita Ini Kongsi Kisah Bagaimana Suaminya Berupaya Untuk Berjalan Semula

Isteri kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Sri M tampil berkongsi kisah mengenai bagaimana suaminya yang dulu hanya berkerusi roda gara-gara diserang penyakit strok kini berupaya untuk berjalan semula.

Menurut wanita itu, suaminya sebelum ini telah hilang keupayaan untuk berjalan gara-gara penyakit tersebut. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk mencuba rawatan fisioterapi yang ditawarkan oleh sebuah pusat terapi yang pakar dalam bidang pemulihan iaitu URehab. Berbekalkan semangat yang tinggi serta rehabilitasi yang dijalankan oleh jurupulih anggota URehab, dalam masa empat bulan sahaja, suaminya itu akhirnya berupaya untuk kembali berjalan.

Tonton video penuh di bawah:

Apa itu fisioterapi?

Sebut sahaja fisioterapi, rata-rata sering salah anggap dan menyangka ia merupakan satu bentuk urutan. Urutan hanyalah sebahagian kecil daripada bentuk rawatan yang ada semasa fisioterapi menjalankan terapi. Ia akan dilakukan jika bersesuaian dengan kecederaan atau masalah pesakit. Pada masa yang sama, ramai yang memandang enteng terhadap rawatan fisioterapi kerana tidak sedar akan keberkesanannya dalam memulihkan seseorang jika dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan.

Malah, ada segelintir yang menganggap fisioterapi sebagai satu senaman bagi menguatkan dan memulihkan anggota badan untuk orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang mengalami kecederaan akibat pernah terlibat dalam kemalangan semata-mata.

Apa yang ramai tidak tahu adalah fisioterapi sebenarnya merupakan pendekatan komprehensif terhadap penjagaan kesihatan di mana ia dijalankan oleh jurupulih anggota yang terlatih bagi membantu para pesakit mengembalikan serta memastikan fungsi fizikal mereka berada pada tahap optimum.

Selain kecederaan ketika bersukan, ligamen terluka, kecederaan otot, patah dan terseliuh, perkhidmatan fisioterapi juga turut diberikan bagi menangani masalah pernafasan membabitkan paru-paru. Di samping itu, fisioterapi merupakan salah satu rawatan yang boleh merawat ketidakupayaan termasuklah palsy dan distrofi otot, masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher. Rawatan ini juga sesuai untuk persediaan sebelum dan selepas pembedahan, manipulasi tisu lembut serta elektroterapi bagi mengurangkan sakit, bengkak serta mempercepatkan proses penyembuhan.

Rawatan fisioterapi di URehab

Apa yang menarik tentang URehab adalah bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pergi ke pusat terapi kerana kekangan masa, jurupulih anggota URehab sendiri yang akan datang ke tempat anda.

Berikut adalah servis fisioterapi yang ditawarkan oleh URehab:

1. Fisioterapi strok dan saraf

Rawatan and pemulihan strok sangat penting untuk memastikan pesakit dapat kembali menjalani kehidupan seharian dalam keadaan yang normal atau hampir normal. Ia perlu dijalankan secepat mungkin bagi memastikan proses neuroplastisity otak dapat dirangsang. Proses ini penting untuk memberi input kepada bahagian otak yang sihat supaya dapat mengambil alih fungsi-fungsi otak yang telah tercedera seperti pergerakan anggota, koordinasi dan keseimbangan badan, pertuturan mahupun daya kognitif pesakit.

2. Fisioterapi kecederaan sukan

URehab sedia untuk membantu memastikan tubuh badan anda yang aktif dalam bidang sukan sentiasa bersedia untuk bersukan selain mengurangkan berlakunya kecederaan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah urutan sukan (sport massage), taping dan strapping, fisioterapi untuk on field standby serta fisioterapi dan rehabilitasi  kecederaan fizikal ketika bersukan.

Untuk rekod, URehab dilantik sebagai fisioterapi rasmi untuk pasukan bola sepak ChalloFC di mana ia merupakan pasukan bola sepak selebriti yang dianggotai oleh Shafiq Kyle, Aedy Ashraf, Ikmal Amry, Harris Annuar dan ramai lagi. Selain itu, URehab juga terlibat sebagai fisioterapi rasmi pasukan bola sepak SRAGATORS iaitu pasukan akar umbi yang berpusat di Bandar Seri Putra. Pasukan ini telah melahirkan ramai pemain yang berbakat dan sering kali menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa seperti SingaCup di Singapura dan Vietnam Youth International Tournament di Vietnam.

3. Fisioterapi tulang belakang

Sakit belakang amat memberi kesan terhadap aktiviti harian dan produktiviti pesakit. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sangat membebankan kerana sakit belakang yang kronik sekali gus boleh menganggu pergerakan pesakit.

URehab akan menjalankan pemeriksaan yang terperinci supaya punca sakit ini dapat dikenalpasti sebelum mencadangan rawatan yang bersesuaian. Bagi masalah tulang belakang, URehab mengetengahkan gabungan rawatan seperti terapi electro, kaedah rawatan manual, senaman-senaman yang khusus serta tunjuk ajar berhubung postur badan semasa rehat mahupun ketika bekerja.

4. Fisioterapi sendi dan tisu lembut

Kondisi yang dirawat termasuklah kesemua jenis arthitis, radang pada tendon dan bursa, kecederaan tisu lembut seperti otot dan ligamen, kepatahan tulang akibat kemalangan serta limitasi pada sendi bahu.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan URehab

Selain perkhidmatan fisioterapi, URehab turut menawarkan khidmat jururawat peribadi. Untuk khidmat jururawat peribadi, tempoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah sehingga 24 jam sehari semasa pesakit berada di hospital mahupun di rumah. Servis kejurawatan ini merangkumi khidmat pengurusan pesakit dan pengurusan berkaitan kejururawatan. Anda tidak perlu risau kerana URehab hanya menyediakan jururawat yang berkelayakan serta diiktiraf oleh Lembaga Kejururawatan. Setiap aktiviti, keadaan dan perkembangan pesakit akan direkodkan di dalam fail pesakit. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Penjagaan dan pengurusan kebersihan pesakit
  • Pengawasan dan pemberian ubat-ubatan
  • Pemantauan dan pengawasan tekanan darah, suhu badan, pernafasan, nadi, kandungan gula dalam darah serta jumlah intake-output air dalam badan
  • Pemantauan dan penjagaan penggunaan oksigen
  • Penjagaan dan pembersihan luka bedsore dan luka akibat kencing manis
  • Pemasangan dan penukaran tiub makan (ryle’s tube)
  • Pemasangan dan penukaran tiub saluran kencing

Di samping itu, URehab juga ada menawarkan perkhidmatan berkaitan ambulans dan paramedik 24 jam sehari tanpa henti. Ia merangkumi:

  • Memindah dan membawa pesakit dari hospital ke hospital (Interfacility)
  • Memindah dan membawa pesakit di antara satu negeri ke negeri yang lain (Interstate)
  • Bertindak terhadap sebarang kes sama ada kes kecemasan atan bukan kecemasan
  • Menawarkan pengangkutan kepada pesakit untuk temu janji susulan mahupun rawatan alternatif
  • Menawarkan pengangkutan kepada pesakit dialisis

Pada masa yang sama, URehab juga menawarkan perkhidmatan medical standy untuk program seperti aktiviti korporat, karnival dan pameran, pertandingan dan temasya sukan serta acara dalam atau luar dewan. Untuk rekod, URehab sebelum ini menjadi medical standy untuk Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019.

URehab Therapy Centre – Jururawat Peribadi & Fisioterapi

Alamat: 7-1, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Sabtu (2pm-9pm) & Ahad-Khamis (9am-5pm)

Nombor telefon: 03-82107240

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web URehab atau laman sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram. Sebarang pertanyaan tentang servis dan perkhidmatan URehab boleh dibuat menerusi WhatsApp di talian 011-11281590.

Artikel Lain Untuk Di Baca