Terlampau ‘Workaholic’, Ini 5 Sebab Kenapa Ramai Memilih Untuk Kahwin Lambat

“Bila nak kahwin?” merupakan soalan yang paling popular dalam kalangan ‘mak cik bawang’ terutamanya kepada mereka yang berusia 20-an dan masih bujang. Soalan ini biasanya ditujukan kepada mereka sewaktu sambutan hari raya dan juga kenduri kahwin ahli keluarga terdekat.

Sebenarnya, soal kahwin ini tidak boleh dipaksa dan tiada umur yang spesifik untuk seseorang itu berkahwin. Semuanya bergantung kepada setiap individu. Ramai yang mengatakan bahawa perempuan seelok-eloknya berkahwin sebelum meningkat umur 28 tahun. Tapi, kalau dah tiada calon, macam mana nak kahwin?

Kali ini, kami kongsikan 5 sebab kenapa sesetengah anak muda memilih untuk kahwin lambat:

1. Terlalu memilih pasangan

Kadang-kadang, bukannya seseorang itu masih bujang kerana tiada yang mahukan dirinya, tetapi sesetengah individu terlalu memilih pasangan mereka. Malah, ada di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri pasangan idaman.

Memang benar bahawa setiap orang ada ciri-ciri pasangan hidup idaman mereka tetapi apa yang susahnya adalah apabila ciri-ciri tersebut langsung tidak masuk akal. Kalau ciri-ciri pasangan idaman anda seperti hero drama TV3 pukul 7, memang membujang sampai tualah nampak gayanya.

2. Jodoh masih belum sampai

Soal jodoh ini memang tiada apa yang boleh disangkal lagi. Kalau betul jodoh masih belum sampai, macam mana nak kahwin kan?

Memang benar jodoh itu di tangan Allah. Tetapi, anda semua harus ingat tiada apa di dalam dunia ini yang akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Jadi, nak cari jodoh pun kena usaha juga!

Berita baik buat anda yang masih tercari-cari teman hidup dan buntu memikirkan siapa gerangannya! Facebook Dating mungkin boleh membantu anda. Tak tahu cara nak guna Facebook Dating? Jangan risau, jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara menggunakan ciri baru di Facebook ini.

3. Workaholic

Selalunya, mereka yang memilih untuk kahwin lambat ini terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka terlampau fokus terhadap kerja sampaikan tidak sempat untuk memikirkan soal cinta. Kadang-kadang, ada sesetengah yang keluar pagi dan menghabiskan masa di tempat kerja hingga malam.

Kebanyakan mereka yang workaholic ini tidak mahu sebarang komitmen lain termasuklah cinta. Kalau dah kerja 24/7, bila masa nak dating? Betul tak?

4. Pantang dikongkong

Ramai di antara mereka yang memilih untuk kahwin lambat ini tidak suka dikongkong oleh pasangan mereka. Mereka gemarkan hidup yang bebas tanpa dikawal oleh sesiapa.

Dalam erti kata lain, apabila keluar dengan sesiapa pun, tiada siapa yang kisah atau cemburu. Mungkin mereka ini risau sekiranya zaman bujang mereka tamat, kebebasan ini juga akan menemui titik noktah.

5. Masih belum move on daripada bekas kekasih

Apabila putus cinta, memang ambil masa untuk betul-betul move on. Selalunya, hati mereka yang terluka ini akan tertutup untuk menerima orang lain. Tidak hairanlah kenapa ada yang memilih untuk membujang sehingga tua kerana tidak dapat lupakan bekas kekasih.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, apa kata anda cuba sibukkan diri anda dengan mengisi masa yang terluang dengan perkara-perkara berfaedah seperti membaca. Tapi, jangan baca buku yang buat anda makin sendu pula.

Anda boleh membaca buku yang memberi motivasi untuk bantu anda move on. Sebagai contoh, anda boleh membaca novel terbaharu keluaran Lejen Press yang berjudul Mudahnya Move On!

Dengar cerita, semua 19 orang penulis dalam buku ini pernah berjaya bangkit selepas putus cinta. Dalam erti kata lain, semua cara dan tips yang penulis-penulis kongsikan adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Malah, Mudahnya Move On! bukan sahaja memuatkan 1 cerita tetapi ada 19 cerita yang akan membantu anda untuk move on.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Selepas anda semua baca buku ini, confirm boleh cakap dekat mereka yang pernah dipanggil dengan nama ‘Sayang’ itu, “Sayonara, ex”.

Walau bagaimanapun, semua sebab-sebab di atas cuma ‘alasan’ semata-mata buat mereka yang memilih untuk kahwin lambat. Apa-apa pun, kalau dah ada pasangan dan berkemampuan untuk berkahwin, jangan lambatkan benda yang baik dan segeralah tamatkan zaman bujang anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca