Setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mati. Apabila orang yang betul-betul kita kasih pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sudah pasti luka di hati tidak akan sembuh. Namun begitu, itulah hakikat kehidupan ini. Setiap satu perkara yang ada dengan kita sekarang cumalah pinjaman yang bersifat sementara termasuklah cinta sejati.
Apabila dua insan itu dipisahkan dengan kematian salah seorang daripadanya, apa yang tinggal cumalah kenangan bersama dan juga perasaan rindu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Itulah kisah seorang warga emas ini di mana isteri kesayangannya sudah kembali kepada Pencipta. Bagi melepaskan rasa rindu yang menyelubungi dirinya, dia akan membacakan surah Yasin kepada arwah hampir setiap malam.
Kisah yang mampu membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata ini dikongsikan sendiri oleh cucu kepada warga emas berkenaan iaitu Ibnu Shehri di laman Twitter.
Menurut Sheri, datuknya menganggap bacaan Yasin itu sebagai salah satu cara untuk ‘membantu’ arwah nenek di alam barzakh. Selagi hayat masih dikandung badan, datuknya ingin ‘membantu’ isteri kesayangannya itu kerana terlampau sayangkan arwah.
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata warganet tampil berkongsikan pengalaman masing-masing apabila berdepan dengan situasi yang sama.
Sama laa dengan atuk, selalu nampak atuk menangis sorang sorang kat kerusi dia sebab rindu kt nenek. Pastu kalau tegur, nnti dia cerita mcm mana nenek meninggal. Sbb aku tk sempat tengok nenek for the last time ? atuk kata nenek lawa sama macam masa dia kahwin dengan nenek??
— Najiha (@iHajarJia) October 28, 2019
sama macam arwah mak (nenek). arwah selalu bacakan Al-Quran untuk arwah pak (atuk) sebagai tanda sayang dan rindu.
— win (@nrnzfrh) October 29, 2019
My Aki everyday after solat kat masjid subuh tu pergi melawat kubur arwah Wan :’)
Kat kubur tu siap ada kerusi untuk Aki duduk baca yassin ?
I miss her, alot— Deleted (@whosheeee) October 29, 2019
Tidak dinafikan, kehilangan orang yang kita sayang memang perit. Lagi-lagi sekiranya mereka pergi bertemu dengan Pencipta. Tetapi ketahuilah bahawa mereka kini berada di tempat yang jauh lebih baik berbanding di dunia. Al-Fatihah.