Seorang ahli muzik membuat keputusan yang berani kerana terlalu ‘dahagakan’ publisiti.
James Potok membuat pengumuman bahawa dirinya terkena jangkitan wabak koronavirus di dalam sebuah pesawat yang membawa 243 penumpang.
Pesawat yang sedang berada dalam perjalanan dari Toronto ke Jamaica itu terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan disebabkan tindakan tersebut.

Lelaki berusia 28 tahun itu membuat pengumuman, “Boleh saya dapatkan perhatian semua? Saya baru pulang dari wilayah Hunan iaitu pusat wabak koronavirus. Saya tidak begitu sihat. Terima kasih.”
Walaupun begitu, James akhirnya membuat pengakuan bahawa kata-kata itu sekadar gurauan sahaja dan berharap ia menjadi bualan ramai di laman Instagram.

Susulan pengumuman tersebut, James diiring keluar daripada pesawat dengan memakai topeng dan sarung tangan atas permintaan kakitangan syarikat penerbangan tersebut.
Dalam pada itu, gurauan itu tidak mempunyai pengakhiran yang baik untuk dirinya kerana kelakuannya itu menyebabkan dirinya diberkas polis.
Video berdurasi tiga minit ini menerangkan secara ringkas dan padat tentang koronavirus dan langkah-langkah pencegahannya.
Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah: