Terlampau Geram Dengan Kesesakan Lalu Lintas, Lelaki Ini Cipta Helikopter Buatan Sendiri

Siapa sahaja yang tidak pernah berada dalam kesesakan lalu lintas? Walaupun begitu, lalu lintas yang sesak sudah menjadi satu kebiasaan untuk penduduk Indonesia terutamanya yang bekerja di sekitar bandar besar seperti Jakarta.

Andai kata kesesakan lalu lintas itu membuang masa, mungkin anda boleh membina helikopter sendiri! Apabila terlampau geram dan kecewa dengan masalah kesesakan lalu lintas, Jujun Junaedi membina helikopter untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di sekitar Jakarta.

Sumber: The Vocket

Benar bahawa lelaki yang menetap di Sukabumi, Indonesia itu bukanlah seorang peminat kesesakan lalu lintas tetapi Jujun menganggap dirinya tersekat di atas jalan untuk masa yang lama akan membuang lebih banyak minyak.

Dengan menjadikan video tutorial di laman Youtube sebagai guru, lelaki berusia 42 tahun ini menggunakan masa terluang untuk menyiapkan projek helikopternya.

Sumber: The Vocket

Projek itu mengambil masa selama 18 bulan. Untuk merealisasikan projek impiannya, Jujun membeli semua barangan untuk membina helikopter di kedai baiki kereta dengan modal RM 8,758 sahaja.

Sekiranya anda menganggap bahawa Jujun merupakan seorang yang pelik, lelaki itu bukanlah individu pertama untuk membina helikopter buatan sendiri. Dalam pada itu, seorang petani di China cuba untuk membina helikopter buatannya sendiri pada tahun 2006 tetapi gagal untuk terbang.

Seorang lelaki dari Afrika Selatan turut menjadi tular pada masa itu selepas beliau membina helikopter replika yang menyerupai kepunyaan pihak polis.

Sekiranya anda berada dalam situasi berkenaan, apakah yang akan anda lakukan?

Artikel Lain Untuk Di Baca