Seorang lelaki di India terlalu tamakkan harta sehingga tergamak menggunakan ular tedung yang berbisa untuk mematuk isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia.
Memetik laporan New York Post, Sooraj Kumar telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas suspek telah didapati bersalah mengambil nyawa isterinya. Uthra pada Mei 2020.
Menurut pendakwa raya kes, Sooraj yang bekerja sebagai pegawai bank tidak gembira dengan perkahwinannya. Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak mahu bercerai kerana risau perlu memulangkan semula wang hantaran termasuk sebuah kereta baharu dan wang tunai bernilai $20,000 (RM83,160).

Asisten Superintenden Polis Kerala iaitu Hariram Shankar berkata, “Jika Sooraj bercerai dengan mangsa, dia perlu berpisah dengan semua harta isterinya.
Sekiranya menggunakan senjata untuk mengambil nyawa mangsa, dia perlu memulangkan semula harta kekayaan Uthra. Atas sebab itu, suspek membuat keputusan untuk mengambil nyawa mangsa dengan cara yang kelihatan seperti kemalangan yang tidak dapat dielakkan.”
Sooraj mula merancang untuk mengambil nyawa isterinya pada Mac tahun lalu dengan sengaja membebaskan ular jenis berbisa iaitu Viper Russell ke dalam bilik tidur Uthra.

Uthra terselamat tetapi beliau menerima rawatan selama dua bulan di hospital. Selepas keluar dari hospital, Uthra berehat di rumah ibu bapanya untuk proses pemulihan.
Ketika sedang berehat di rumah ibu bapanya selepas keluar dari hospital, lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan menggunakan taktik sama untuk mengambil nyawa isterinya tetapi kali ini suspek menggunakan ular tedung.

Untuk memastikan rancangannya benar-benar berjaya, Sooraj sekali lagi melepaskan ular tedung di bilik mereka di rumah ibu bapa mentuanya dan menyaksikan Uthra dipatuk ular tedung sebelum berpura-pura menjalani rutin harian seperti biasa.
Ibu mentua Sooraj akhirnya menyedari insiden yang menimpa anak perempuannya pada keesokan harinya tetapi mangsa sudah pun pergi buat selama-lamanya.
Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rancangan Sooraj akhirnya dihidu ibu bapa mentuanya selepas suspek cuba untuk mengambil alih semua harta milik mangsa selepas mendiang meninggal dunia.
Selain Sooraj, seorang pengendali ular yang dikenali sebagai Suresh turut diberkas atas tuduhan membekalkan dua ular berbisa kepada suspek.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: