Terlalu Penat Perangi COVID-19, Dr. Ali Akhirnya Berehat Selamanya

Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lalu bagaikan tiada penghujungnya.

Tatkala rakyat Malaysia berjuang menentang gelombang ketiga pandemik ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang petugas barisan hadapan yang bernama Dr. Ali Noor Hassan.

Khabar duka pemergian beliau yang merupakan ahli berdaftar Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dikongsikan menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook SPJM semalam.

SPJM menyatakan bahawa beliau mula jatuh sakit kerana kurang rehat sejak penularan COVID-19.

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih. Beliau juga kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.”

Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Di atas merupakan luahan daripada ahli sepenjawat di SPJM. Rata-rata warganet turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas pemergian itu.

Sumber: Facebook

Selain itu, warganet juga mendoakan agar petugas barisan hadapan yang lain terus cekal dalam perjuangan mereka membanteras COVID-19 yang kian meningkat.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr. Ali difahamkan juga merupakan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,”nyata SPJM dalam perkongsian tersebut.

Dr. Ali telah mengikuti SPJM sejak 2018 DAN menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul dua tahun lepas.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca