Di saat dunia berhadapan dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, telefon pintar merupakan salah satu item wajib yang perlu ada dalam kehidupan harian anda. Namun, tahukah anda bahawa lebih kerap masa yang dihabiskan dengan telefon pintar, lebih tinggi potensi anda untuk mengalami kegagalan kognitif?
Seorang ahli psikologi media iaitu Astrid Carolus dari Universiti of Wurzburg telah menyatakan bahawa, “Telefon pintar kini sangat penting dalam kehidupan seharian manusia, sehinggakan ahli keluarga sendiri diabaikan.”
Mereka mendapati bahawa hampir 60% pengguna telefon pintar mampu mengingat nombor telefon rumah, tapi tidak mampu mengingat nombor telefon anak atau pejabat. Hal ini menunjukkan bahawa ketagihan terhadap telefon bimbit mampu memberi kesan buruk terhadap otak.
Sekiranya tidak dikawal, tidak mustahil bahawa anda akan mengalami kegagalan kognitif yang mana mampu mengakibatkan anda menjadi seorang yang pelupa.
Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa solusi yang anda boleh lakukan bagi membendung masalah ini. Antaranya ialah:
- kurangkan masa menggunakan telefon pintar
- matikan notifikasi aplikasi anda
- luangkan lebih banyak masa bersama keluarga
- cari hobi baru
Telefon pintar sememangnya bermanfaat namun boleh mendatangkan keburukan sekiranya tidak digunakan dengan baik. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak!
Sumber: Kaspersky Lab dan Huffpost