Terkubur Lebih 1,600 Tahun, Pedang Lawan Syaitan Ini Ditemui Di Jepun

Sebilah pedang gergasi sepanjang tujuh kaki yang terkubur selama lebih 1,600 tahun telah ditemui di Nara, Jepun baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, senjata besi itu ditemui di dalam sebuah makam dekat tanah perkuburan Tomio Maruyama yang terletak di bandar Nara iaitu kira-kira enam jam memandu dari Tokyo.

Dikenali sebagai dako, pedang itu dipercayai telah diletakkan dalam makam berkenaan untuk membantu mereka yang telah menghembuskan nafas terakhir menghalau roh jahat dalam kehidupan selepas meninggal dunia.

Sumber: Daily Mail

Ahli arkeologi turut menemui sebuah keranda kayu sepanjang 16 kaki di mana ia menempatkan pedang berkenaan dan perisai berukuran dua kaki yang dibina daripada cermin gangsa.

Berbentuk seperti tempurung kura-kura dan dibentuk daripada tembaga, cermin itu menyerong untuk mengikuti bentuk tanah liat yang menutupi penutup keranda.

Cermin itu mempunyai berat 125 paun (57 kilogram). Sinar-X yang dilakukan ke atas cermin itu mendapati ia diperbuat daripada timah, tembaga dan plumbum.

Sumber: Daily Mail

Direka dengan mempunyai bilah beralun seakan ular, pedang dako itu dipercayai tidak pernah digunakan sebaliknya ia direka khusus untuk diletakkan bersama jasad itu di dalam makamnya.

Disebabkan saiznya yang besar, para penyelidik menyangka bahawa mereka telah menemui beberapa pedang berbeza.

Kehadiran kedua-dua ‘khazanah negara’ berkenaan menyebabkan ahli arkeologi percaya individu di dalam makam tersebut adalah seorang elit yang mungkin pernah berada dalam tentera.

Walaupun lebih 80 ‘pedang mengambil nyawa syaitan’ telah ditemui di Jepun, penemuan ini adalah yang terbesar dan tertua di negara itu.

Cermin adalah salah satu simbol kuasa yang kuat dalam budaya Jepun. Ia dihormati sebagai objek suci yang mewakili ‘Tuhan’ (kepercayaan mereka).

Sumber: Daily Mail

Masyarakat Jepun juga percaya cermin menghubungkan dunia kita dan dunia rohani.

Kosaku Okabayashi iaitu Timbalan Pengarah Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara berkata, “Penemuan ini menunjukkan bahawa teknologi zaman Kofun lebih daripada apa yang kita bayangkan.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca