[TERKINI] Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Dibenarkan Di Wilayah Persekutuan

Menerusi sidang media khas sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan masjid dan surau terpilih Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk mengadakan solat berjemaah di masjid bermula Jumaat (esok).

Tetapi beberapa syarat akan dikenakan antaranya ialah jumlah jemaah tidak kurang tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang. Selain itu, SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi sepenuhnya oleh semua jawatankuasa dan jemaah masjid serta surau, garis panduan penuh akan dikeluarkan Jawi.

Antara syarat-syarat yang perlu diikuti adalah:

  • Melaksanakan penjarakan sosial (sosial distancing) di dalam dan luar masjid.
  • Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh satu meter antara satu sama lain serta jemaah wajib memakai pelitup muka.
  • Jemaah yang menghidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah.
  • Tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai solat Jumaat sama ada di dalam atau di luar masjid.

Para jemaah juga perlu bersiap sedia mengambil wuduk dari rumah dan membawa sejadah sendiri bagi mengelakkan sebarang perkongsian sejadah di masjid. Sementara itu, pelaksanaan solat Jumaat di Selangor dibenarkan di masjid serta surau yang terpilih secara berperingkat mulai esok.

Ia hanya dibenarkan dilakukan oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan tidak melebihi 12 orang. Pihak masjid dan surau terpilih juga perlu memastikan terdapat kawalan pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri berkenaan. Turut dimaklumkan, hanya jemaah lelaki dibenarkan solat berjemaah di masjid dan surau-surau terpilih ketika ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan PKPB, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca