[TERKINI] Ini 11 Kawasan Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Sebentar tadi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) telah menyenaraikan kawasan-kawasan zon merah penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Senarai itu melibatkan 11 kawasan di seluruh Malaysia. Berikut kami kongsikan senarai penuh kawasan zon merah COVID-19:

1. Lembah Pantai: 167 kes

2. Petaling: Jaya 167 kes

3. Hulu Langat: 132 kes

4. Seremban: 78 kes

5. Johor Bahru: 68 kes

6. Kluang: 54 kes

7. Gombak: 53 kes

8. Titiwangsa: 49 kes

9. Kota Bharu: 48 kes

10. Hilir Perak: 48 kes

11. Kinta: 41 kes

*Jumlah bilangan kes di atas adalah setakat 25 Mac 2020, 12 tengah hari sepertimana yang dilaporkan KKM.

Untuk rekod, mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19 dikategorikan sebagai zon merah. Senarai ini sekali gus akan memudahkan Pejabat Kesihatan Negeri untuk lebih fokus dan tampil melaksanakan pencegahan awal selepas mengetahui daerah mana yang terlibat.

Mereka yang berada di daerah-daerah yang tersenarai di atas perlu meningkatkan lagi langkah-langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Turutilah perintah kerajaan untuk duduk di rumah demi kebaikan diri sendiri dan orang lain.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca