Ini 10 Kawasan Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) telah menyenaraikan kawasan-kawasan zon merah penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Senarai itu melibatkan 10 kawasan di seluruh Malaysia. Berikut kami kongsikan senarai penuh kawasan zon merah COVID-19:

1. Lembah Pantai: 167 kes

2. Petaling: 158 kes

3. Hulu Langat: 103 kes

4. Seremban: 74 kes

5. Johor Bahru: 59 kes

6. Gombak: 50 kes

7. Tawau: 49 kes

8. Titiwangsa: 46 kes

9. Kuching: 44 kes

10. Kota Bharu: 43 kes

*Jumlah bilangan kes di atas adalah setakat 24 Mac 2020, 12 tengah hari sepertimana yang dilaporkan KKM.

Untuk rekod, mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19 dikategorikan sebagai zon merah. Senarai ini sekali gus akan memudahkan Pejabat Kesihatan Negeri untuk lebih fokus dan tampil melaksanakan pencegahan awal selepas mengetahui daerah mana yang terlibat.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca