Terkilan Kenyataan Disalah Tafsir, Ini Penjelasan Daripada Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa terkilan selepas ada pihak yang cuba memutar belit kenyataannya baru-baru ini dengan mengambil sebahagian sahaja daripada apa yang diceritakan olehnya di Instagram Live.

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Sharnaaz tampil menjelaskan kenyataannya yang menjadi bualan ramai baru-baru ini dengan membuat pengakuan bahawa dia tidak layak menerima bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

“Saya tidak layak pun terima duit itu. Saya tidak ambil pun duit tu. Demi Allah, saya sedekahkan pada yang lebih memerlukan,” ujarnya.

Jelasnya, “Saya tidak layak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan kerana ada orang lain yang lebih memerlukan wang tersebut. Saya sedekah duit itu pada yang lebih memerlukan. Jangan risau, saya akan beli stereng kereta itu daripada duit kutu saya nanti. Maafkan saya kalau ada pihak terasa. Saya salah.”

Pelakon Suamiku Encik Sotong ini turut berkata, “Kepada mereka yang telah sunting bahagian itu sahaja untuk membangkitkan kemarahan orang ramai supaya saya dikecam, tahniah anda berjaya.”

Dalam pada itu, jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Jangan keluar rumah tanpa alasan yang munasabah. Kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca