Terkesan Tempoh PKP, Warga Emas Hidup Sebatang Kara Makan Nasi Dengan Garam Sahaja

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Saat Tapah, 69, kini dikatakan hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isteri dan anaknya di rumah pusaka usang di Kampung Nelayan, Kuala Kurau.

Kehidupannya menjadi bertambah sukar apabila warga emas itu tidak lagi mampu mengerah tenaga untuk bekerja sebagai nelayan berikutan masalah kesihatan serta faktor usia yang kian meningkat.

Makanan harian warga emas ini pula hanyalah nasi dengan garam atau roti dengan air kosong sahaja.

Sumber: Harian Metro

Saat turut menjelaskan, “lepas tak turun ke laut, saya makan apa yang ada. Sekampit beras saya boleh bertahan selama sebulan, jika tiada lauk, saya hanya makan nasi dengan garam sahaja. Bila duit tak ada, saya pinjam RM5 daripada rakan untuk membeli roti.

“Dalam dua tiga hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hanya makan tiga keping roti pada waktu pagi, petang dan malam dicicah air kosong,” katanya.

Menurutnya, dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang kini berusia lingkungan 30-an.

Bagaimanapun, katanya, anaknya menghilangkan diri ketika berusia 16 tahun dan kini difahamkan berada di Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, anak saudaranya berkata bapa saudaranya itu pernah membuat permohonan bantuan sebanyak beberapa kali kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah namun tiada maklum balas.

“Diakui kehidupan bapa saudara agak susah selepas bercerai, namun kami tidak mengabaikannya, jika ada makanan lebih kami hantar dan jika sakit kami akan merawatnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Parit Buntar, Md Nayan berkata, dia amat tersentuh melihat kehidupan warga emas itu dan tampil memberi sumbangan peribadi berbentuk wang tunai dan kelengkapan makanan.

Menurutnya, beliau akan cuba membantunya mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

“Dalam tempoh 14 hari arahan PKP ini, bukan lagi masa untuk menyalahkan sesiapa, kebajikan rakyat perlu diutamakan.

“InsyaAllah secara peribadi saya bersedia 24 jam untuk membantu golongan sebegini dan sedia untuk turun padang meninjau dan membantu golongan memerlukan,” jelasnya.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca