Terkesan Akibat Perintah Berkurung, Ribuan Penduduk Beratur Sejauh 4KM Demi Bantuan Makanan

Sebuah badan kebajikan menghantar 8,000 bungkusan makanan buat lebih 12,000 keluarga di Pretoria selepas Afrika Selatan menjalani lima minggu perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.

Demi menerima bantuan tersebut, ribuan penduduk dilihat beratur berjam-jam sepanjang empat kilometer (km).

Situasi yang dirakam daripada udara awal minggu ini ternyata telah menyentuh hati warganet.

Sumber: Daily Star

Menurut laporan Daily Star, ia melibatkan penduduk di kawasan Mooiplaas dan Spruit.

Menurut aktivis sosial, Yusuf Abramjee, keperluan makanan di lokasi itu begitu tinggi dan terlalu ramai yang terkesan akibat perintah berkurung.

“Lebih 80 peratus komuniti di sini merupakan orang asing dan mereka tidak menerima bantuan kerajaan.

Kami gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka.

Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini, sangat memilukan,” ujarnya.

Untuk rekod, perintah berkurung di negara itu telah menyebabkan sektor ekonomi tergendala, namun beberapa sektor dijangka akan dibuka semula pada bulan ini.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca