Terkenal Dengan Rekaan Pelik, Jepun Keluarkan Sandwich KitKat Pertama Di Dunia

Negara Jepun sememangnya terkenal sebagai negara canggih dan sentiasa menghasilkan sesuatu yang pelik dan belum pernah dibuat orang. Anda pernah dengar sandwich kit-kat? Pelik bukan? Tapi di Jepun sandwich kitkat menjadi kegemaran penduduknya.

Jepun telah memperkenalkan produk kitkat baru yang boleh didapati dalam bentuk sandwich. Kepingan roti yang disalut dengan krim serta kepingan buah oren ini menjadikan sandwich tersebut rasa lebih rangup.

Sandwich KitKat ini mula diperkenalkan kepada orang ramai dan kebanyakan pelanggan gemar dengan menu baru ini malah mereka yang pernah mencuba sandwich ini menyatakan rasa sandwich KitKat ini jauh lagi sedap berbanding dengan coklat KitKat biasa.

Kelembutan roti bersama dengan krim serta kepingan coklat Kitkat yang rangup itu melengkapkan lagi rasa pencuci mulut sebenar. Kelainan yang dicipta merupakan satu kejayaan bagi rangkaian restoran makanan segera iaitu First Kitchen dengan melancarkan sandwich KitKat pertama di dunia.

Menarik bukan? Mungkin di Malaysia patut ada juga sandwich kitkat ini mesti dapat sambutan yang luar biasa.

Artikel Lain Untuk Di Baca