Terkenal Dengan Kebijaksanaan Rakyat Dalam Berniaga, Ini 5 Keistimewaan Negeri Cik Siti Wan Kembang

Negeri Kelantan terkenal dengan jolokan Cik Siti Wan Kembang yakni sebuah negeri yang kaya akan sikap ramah dan kebaikan hati penduduknya.

Namun, tidak kurang juga anasir jahat yang cuba menjatuhkan nama negeri Kelantan dengan sering membicarakan hal buruk tentang masyarakatnya. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila ramai di antara kita yang masih memandang serong kepada warga Kelantan.

Maka, hari ini, penulis akan perihalkan 5 keistimewaan negeri Kelantan yang ramai tidak tahu. Berikut merupakan 5 ciri keistimewaan yang dimaksudkan:

1. Pandai berniaga

Anak jati kelantan semestinya bijak berniaga. Misalnya, Dato’ Sri Vida yang berjaya dalam dunia perniagaan kosmetiknya kini dikenali sebagai jutawan tempatan.

Memiliki sikap ramah dan merendah diri juga merupakan satu keistimewaan masyarakat Kelantan yang secara tidak langsung menjadi pemangkin utama untuk mereka mengecap kejayaan dalam dunia perniagaan. Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai juatawan tempatan kini berasal dari Kelantan seperti Neelofa dan Allahyarhamah Faziani.

2. Budu

Jika di negara barat terkenal dengan keju, Kelantan pula popular dengan budu sebagai penambah rasa hidangan. Tahukah anda? Budu berupaya bertindak sebagai ubat kanser dan bagus dalam mempertingkatkan tahap perkembangan otak manusia.

Selain itu, budu juga berkhasiat dalam melambatkan proses penuaan. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan wanita di Kelantan begitu cantik dan gebu orangnya.

3. Melahirkan ramai ulama

Kelantan sememangnya terkenal dengan kewujudan ulama Islam. Sebagai contoh, Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nama beliau sudah terkenal sehingga diangkat sebagai ulama yang paling berpengaruh di dunia.

Selain daripada itu, ramai penceramah bebas di Malaysia berasal dari negeri ini. Oleh sebab itu, Kelantan terkenal sebagai negeri serambi Mekah.

4. Keunikan loghat Kelantan

Loghat Kelantan sememangnya menjadi identiti dan jati diri yang kuat untuk menggambarkan rakyatnya. Sebagai contoh, perkataan tertentu yang digunakan oleh masyarakat Kelantan ialah pekong, hungga, igak dan prabih. Terdapat sesetengah orang yang tidak mampu untuk memahami bahasa Kelantan kerana maksudnya yang sukar untuk difahami.

Dialek Kelantan juga tersenarai antara bahasa yang sukar seperti loghat Sarawak. Uniknya, loghat Kelantan turut menggunakan bahasa inggeris yang membawa maksud tersendiri. Misalnya, talk chair cut yang membawa maksud penat, walk low lock bererti tipu dan see car merujuk kepada basikal.

5. Kaya dengan aneka makanan tradisional

Kelantan mempunyai pelbagai aneka makanan tradisional seperti nasi tumpang. Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang dengan bentuk yang menyerupai sarung aiskrim. Istimewanya, juadah ini telah diangkat sebagai makanan kebangsaan yang setaraf dengan nasi lemak.

Selain itu, juadah tradisional negeri Kelantan yang terkenal dalam kalangan pelancong ialah akok dan nasi kerabu.

Kesimpulannya, negeri Kelantan memiliki keunikannya yang tersendiri. Maka, sekiranya anda menginginkan percutian yang selesa dan harmoni, silalah berkunjung ke Kelantan agar dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Penulis

  • Nur Hazieta Binti Husin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Dr Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Artikel Lain Untuk Di Baca