Terkena Tempias Isu Syamsul Yusof Dan Ira Kazar, Ini Respons Abby Abadi

Aktres dan penyanyi terkenal tanah air iaitu Abby Abadi baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas namanya sering dikaitkan dengan isu rumah tangga dalam kalangan selebriti yang berkaitan dengan orang ketiga sehingga ia mendatangkan fitnah.

Menerusi video di TikTok, pelakon Gerak Khas itu mendedahkan bahawa dia tidak mahu berdiam diri dan menjawab tohmahan warganet. Abby mengaku bahawa dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana aktres itu tidak tahu siapa individu yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya bersama Norman Hakim.

Sumber: The Vocket

“Sejujurnya dulu saya tidak pernah serang siapa-siapa. Tak pernah serang siapa-siapa ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga dan keempat semua itu.

Saya tidak berjaya check telefon bekas suami dan tidak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya. Ex itu memang jenis lari-lari dan tak balik-balik jadi saya banyak tak tahu sebelum jeng jeng jeng,” ujarnya.

Aktres itu turut berkata bahawa insiden kekecohan yang berlaku di lokasi penggambaran Norman pada waktu itu hanyalah untuk mendapatkan penjelasan dan bukan bergaduh.

“Yang kata saya serang ex dekat lokasi shooting, saya mencari sahaja sebab lama tak jumpa dan nakkan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

Bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis, dah tu? Takkan saya nak seronok-seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?” tambahnya.

Sumber: mStar

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu turut berkata bahawa dia bukanlah seorang yang bercerita tentang hal peribadi dan menganggap bekas suaminya bernasib baik.

“Kes saya dulu banyak yang tak tahu macam-macam hal sebab saya simpan seorang ya. Apa yang saya boleh cakap ex dulu bernasib baik sebab saya kurang bercerita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby meminta warganet untuk berhenti membuat sebarang andaian mahupun spekulasi berhubung insiden berkenaan yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya.

Abby berkata dia masih menyimpan banyak perkara seorang diri tanpa pengetahuan keluarga sehingga ke hari ini. Untuk rekod, Abby pernah mengikat tali perkahwinan bersama Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

@abbyabadi112

Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg 🫢 Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? 👀👻 Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok 👻 pe: video sekadar hiasan 🫢😝

♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca