Search
Close this search box.

Terkejut Harga Durian Mampu Cecah RM100, Ini Reaksi Pelakon Transformers: Rise Of The Beasts

Pelakon Anthony Ramos yang membawa watak Noah Diaz dalam Transformers: Rise of the Beasts baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejut apabila diberitahu harga durian di Singapura mampu mencapai SG$30 (RM102).

Menerusi lawatan terbaharunya ke Singapura untuk mempromosikan filem Transformers: Rise of the Beasts pada 26 Mei lalu, Yahoo News melaporkan ada yang telah mempelawa Anthony untuk mencuba durian.

Sumber: Instagram @anthonyramosofficial

“Saya akan cuba durian. Ada orang yang bagitahu saya untuk cuba durian jadi saya akan melakukannya esok kerana dia kata durian itu sedikit busuk,” jelasnya.

Pelakon Tobe Nwigwe yang menghidupkan watak Reek juga berkata, “Kami belum cuba buah busuk itu lagi tetapi kami perlu mencuba durian sebelum meninggalkan negara ini.”

Tidak lama selepas itu, Dominique Fishback yang melakonkan watak Elena dalam Transformers: Rise of the Beasts bertanya kepada Anthony sama ada tahukah dia harga durian di Singapura adalah SG$30 (RM102). Anthony kelihatan terkejut selepas mendengar kenyataan Dominique.

Walaupun dia belum lagi mencuba durian sebelum acara red carpet di Muzium ArtScience, Singapura pada 27 Mei lalu, Anthony bagaimanapun sudah cuba salah satu menu tempatan popular di negara itu iaitu Nasi Ayam Hainan.

Anthony memberitahu Yahoo Asia Tenggara ketika acara red carpet, “Saya makan nasi dan ayam hari itu. Saya tidak ingat apa nama dia. Ia sangat sedap.”

Anda boleh tonton video trailer Transformers: Rise of the Beasts di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca