Terkejut Alat Pemutihan Gigi, Hidung Wanita Ini Digigit Anjing

Hidung seorang wanita digigit anjing teman lelakinya selepas terkejut dengan alat pemutihan gigi milik wanita itu.

Mangsa yang bernama Olivia Quast menyatakan dia dengan anjing tersebut mempunyai hubungan yang baik. Malah mereka juga pernah tidur bersama dalam satu katil.

Sumber: NY Post

Oleh itu, kejadian ini sangat mengejutkan Olivia kerana tidak menyangka anjing itu bertindak sedemikian.

Ketika memberi anjing itu makanan dengan keadaan membongkok, Olivia Quast diserang menyebabkan dia mengalami kecederaan ngeri di muka dan lengan.

Mengikut temu bual Olivia dengan Kennedy News & Media, dia terkejut apabila menyentuh muka mendapati hidungya seperti sudah tiada.

Sumber: NY Post

Menurutnya lagi, anjing yang bernama Bentley itu terus menyerang Olivia hingga menyebabkan lengan kirinya cedera parah.

Olivia terpaksa menendang Bentley untuk lepas daripada serangan tersebut.

Dengan keadaan sedemikian, Olivia menghubungi bantuan kecemasan dan terus dibawa ke Hospital Hartford yang terletak di Connecticut.

Sumber: NY Post

Walaupun mengalami kecederaan yang teruk, Olivia tidak marah dengan Bentley atas serangan itu.

Olivia beranggapan anjing tersebut kemungkinan trauma akibat didera semasa kecil.

Hal ini membuatkan anjing itu terkejut dan rasa provokasi apabila melihat mulut Olivia mempunyai alat memutihkan gigi yang dilengkapi dengan cahaya UV.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca