Terjun Dari Niagara Demi Kebajikan, Ini 10 Gambar Diambil Sebelum Kemalangan

Mengambil gambar atau swafoto merupakan perkara yang tidak asing dalam kehidupan masyarakat kini. Namun, sesekali foto-foto yang diambil ini merakamkan sesuatu yang mengerikan seperti gambar makhluk paranormal atau detik akhir seseorang. Ini adalah 10 gambar yang menjadi saksi kepada saat terakhir hidup seseorang.

1. Kapal yang tidak akan tenggelam

Kapal Titanic yang tenggelam pada tahun 1912 masih menjadi satu kemalangan yang paling popular dalam sejarah. Apabila kapal ini dibina, pencipta mendakwa ia kebal dan tidak akan tenggelam. Ironinya, Titanic karam jua setelah berlanggar dengan sebuah aisbeg di utara lautan Atlantik. Kapal ini hanya mengambil masa 2 jam 40 minit untuk tenggelam sepenuhnya.

2. Swafoto terakhir

Seorang remaja Rusia berusia 18 tahun dikenali ramai kerana kegigihannya untuk mengambil swafoto di tempat-tempat yang merbahaya. Xenia Ignatyeva telah memanjat sebuah jambatan di St. Petersburg yang berketinggian 30 kaki, mengambil foto dirinya sebelum gadis itu jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

3. Tertangkap oleh lensa kamera

Gambar ini dirakam secara tidak sengaja oleh seorang jurugambar bernama John Gilpin. Semasa kejadian, dia mahu mencuba lensa kamera barunya pada bulan Februari 1970. Tanpa John sedari, dia terakam foto seorang lelaki bernama Keith Sapsford yang sedang jatuh dari ketinggian 200 kaki di udara. Laporan menunjukkan Keith telah masuk ke bahagian tayar kapal terbang dengan harapan dia dapat melarikan diri ke Tokyo, Jepun.

4. Perjalanan terakhir Paul Walker

Pada 30 November 2013, seluruh dunia meratapi pemergian pelakon Paul Walker yang popular melalui siri filem The Fast and Furious. Momen terakhir pelakon itu dirakam oleh lensa kamera ketika dia hendak menaiki sebuah Porsche Carrera GT. Kereta itu merupakan kenderaan sama yang terlibat dalam kemalangan yang turut meragut nyawa Paul.

5. Demi kebajikan

Robert Overacker merupakan artis lagak ngeri yang berasal dari Camarillo, California. Semasa gambar di atas diambil, Robert sebenarnya mahu melakukan aksi lagak ngeri demi mengumpul dana buat kebajikan. Menyedari dia mampu mendapat wang yang lumayan dengan membuat aksi yang sangat merbahaya, Robert telah bertindak menaiki sebuah jet ski merentasi Air Terjun Niagara. Namun begitu, payung terjunnya gagal berfungsi dan Robert menemui ajalnya.

6. Jururawat berani

Virus Ebola telah menjadi salah satu virus yang paling membawa maut di dunia. Walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil, masih terdapat ramai ahli perubatan yang turut dijangkiti penyakit ini semasa merawat pesakit. Jururawat Mayinga N’Seka merupakan salah seorang jururawat yang bertugas semasa wabak Ebola pada 1976. Gambar di atas diambil beberapa hari sebelum wanita itu turut meninggal dunia akibat penyakit itu.

7. Siaran langsung

Robert Budd Dwyer merupakan bendahari Pennsylvania pada tahun 80an. Pada 22 Januari 1987 iaitu sehari sebelum lelaki ini bakal dijatuhkan hukuman kerana menerima rasuah, Robert menyertai satu temu bual secara langsung di televisyen sebelum dia mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak dirinya.

8. Hilang imbangan

Karl Wallenda merupakan pejalan tali tegang yang terkenal kerana sering melakukan aksinya tanpa kehadiran alat keselamatan. Pada usia 73 tahun, Karl telah mencuba untuk menyeberangi dua hotel di San Juan, Puerto Rico sebelum ikon sarkas itu terjatuh dari ketinggian 121 kaki dan mati di tempat kejadian.

9. Terlalu dekat

David Johnston merupakan seorang ahli kaji gunung berapi. Pada 18 Mei 1980, David sedang mengadakan satu kajian di Gunung St, Helens di Washington semasa gunung berapi itu meletus. David merupakan orang pertama yang melaporkan letusan tersebut sebelum lelaki itu meninggal dunia beberapa ketika kemudian kerana impak letusan gunung berapi tersebut.

Walaupun kejadian itu telah meragut nyawa 57 orang dan mengakibatkan kerosakan berjumlah hampir RM4 billion, nama David tetap diangkat sebagai hero kerana amaran awalnya.

10. Kehilangan penuh misteri

Berasal dari Belanda, dua orang rakan baik ini, Kris Kremers dan Lisanne Froon sedang mendaki di Panama semasa swafoto diatas diambil. Walaupun mereka sepatutnya mendaki bersama seorang penunjuk arah, Kris dan Lisa mahu terlebih awal dan pergi mendaki sehari sebelumnya. Tragisnya, kedua-dua mereka tidak pernah kembali.

Beberapa bulan kemudian, beg galas mereka ditemui bersama telefon bimbit mereka. Tulang mereka turut ditemui tidak lama kemudian namun kisah sebenar kehilangan mereka masih tidak dapat dirungkai hingga kini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca